Friday, June 17, 2011
Sakit Hati Aku
Hati aku hari ni betul-betul sakit...dah lah semalam baru lepas main hujan. Aku rasa tak lama lagi aku nak demam. Takkan lah hati aku pun nak demam sekali??? huhu...Kejadian hari ni memang betul-betul aku tak sangka! Orang yang selama ni aku hormat, orang yang selama ni aku respect sebab banyak tolong aku, dah tunjuk belang. Aku tak sangka dia sanggup buat aku macam tu. Apa???? Dia ingat dia lagi high level dari aku, dia boleh malukan aku macam tu? Ko bagus sangat ke hah??? Lepas ni jangan harap aku nak jumpa ko lagi. Itu yang ko mau kan??? Selama ni ko rimas lah ngan aku??? Tak apa! Aku takkan jumpa ko lagi. Puasssss???!!!
Monday, June 13, 2011
Dream Wedding Ring
Yeayyy..HAZAMA dah jadi JUARA AF9!!!! Dia memang layak..hehe. OK, itu selingan sahaja.
Aku sebenarnya nak tunjuk dream wedding ring aku lagi! Tak puas lah nak tunjuk dream wedding ring aku dalam entri Nak Kahwin ^_^ dulu. Ni lah antara yang aku paling suka!
Memandangkan one of my reader suka sangat gold wedding ring, so this is for you misz anisz!! hehehe..
p/s: nak kahwin! hahaha..*gatal*
Wednesday, June 8, 2011
Aku Suka HAZAMA^^
Hahahaha...title kat atas tu memang agak pelik jugak lah! Apesal pulak aku boleh tiba-tiba suka kat Hazama ni? hehe..Actually, aku dah lama tahu Hazama ni masuk AF9. Aku pun tahulah jugak perkembangan semasa kan tapi aku tak kisah sangat lah pasal AF ni. Maklumlah, kat hostel ni mana ada TV. Aku pun tak ada keinginan nak tengok performance diorang kat Youtube.
Tapi entah tiba-tiba hati aku tergerak pulak nak tengok Hazama ni kat Youtube sebab, kawan aku cakap lagu 'Pokok' yang dia nyanyi dengan Meet Uncle Hussain tu sedap sangat! Time aku cari lagu 'Pokok' tu lah aku ternampak Hazama nyanyi lagu 'Hey Soul Sister'. Macam best je kan! Aku pun tekan lah.
Memang BEST!! Aku tak tipu. Suara Hazama best. Ala-ala rock kapak, jiwang karat lah! Suara otai-otai lah orang cakap. Hahaha..muka dia pun boleh tahan lah. Lepas tu, semua performance dia dalam AF aku tengok. Termasuk AF4 yang dia tersingkir kat konsert Prelude tu. Suara sedap ooo...suka sangat!!! Dalam diari pun dia lawak sangat Kalau dia tak ada, memang tak best lah Diari AF tu..hehehe.
Untuk Final AF9 ni, aku sokong Hazama jadi JUARA... hehehe^_^ So people, let's vote for HAZAMA!!!! KAWTIMM??????? <3
Tuesday, June 7, 2011
Nak Kahwin ^_^
Woman was made from the rib of man,
She was not created from his head to top him,
Nor from his feet to be stepped upon,
She was made from his side to be close to him,
From beneath his arm to be protected by him,
Near his heart to be loved by him..<3
She was not created from his head to top him,
Nor from his feet to be stepped upon,
She was made from his side to be close to him,
From beneath his arm to be protected by him,
Near his heart to be loved by him..<3
“Wahai anak muda, berkahwinlah. Sesiapa yang mampu, berkahwinlah kerana ia lebih memelihara mata dan menjaga faraj. Sesiapa yang tidak mampu untuk berkahwin hendaklah dia berpuasa kerana puasa adalah penahan (daripada gelojak nafsu)” (Hadith Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari).
Sempena musim cuti sekolah ni, ramai lah pulak orang jemput datang kenduri kahwin. Jealous pulak aku rasa..huhu. Setakat ni, dah dua orang budak kelas aku time sekolah menengah yang dah kahwin. Bila lah giliran aku pulak kan...hehe. Terus-terang aku cakap, kalau lalu depan kedai barang kemas aku mesti akan tengok cincin yang cantik-cantik. Teringin nak pakai. Cincin yang kat jari manis aku sekarang ni dah berkurun lama dah aku pakai. Nak berkarat dah. Tapi, cincin aku ni sangat bermakna tau!^^ From the beloved person~
Dream wedding ring!!!
Saturday, June 4, 2011
Voices From The Grave
Beberapa hari lepas, cousin2 aku buat konvoi datang KK. Aku memang excited nak jumpa dioarang semua. Dalam ramai-ramai tu, ada 2 orang je yang sama umur ngan aku. So, kira kitorang ni lebih rapat lah berbanding ngan yang lain. Kitorang (1 lelaki, 2 pmpuan) saja2 nak pegi tengok movie. Nak luangkan masa sama2 lah konon. Bila lagi kan nak kluar sama2. Cousin aku yang lelaki tu kerja polis kat KL, cousin yg pmpuan plak kerja cashier kat KK ni, and aku plak student yang tak ada income tiap2 bulan mcm diorang berdua ni. huhu..kira aku lah paling miskin antara semua. Tapi takpa. Aku tak payah kluar duit. Semua cousin aku belanja! hehe^^
Nak dijadikan cerita, kami pun decide lah nak tengok movie horror. Itu pun setelah bertekak sedikit sesama kami. Aku nak tengok Kungfu Panda, cousin aku yang lelaki nak tengok NurKasih, cousin aku yg pmpuan nak tengok Voices From The Grave. At last, cousin aku yg pmpuan tu jugak yg menang. Huhu!
Bila movie dah start, aku tengok muka cousin2 aku dah berubah. Tak excited macam tadi. Haha..aku tau sebabnya. Diorang kalau bab matematik ni memang tak suka. Hehe...tapi taklah macam kira2 sangat. Sikit je. Saintis dalam movie tu bleh kira jangka hayat seseorang tu. Hmm...aku no komen la.
Tapi jalan cerita movie ni agak kelam-kabut la. Aku pun tak berapa suka sangat. Tak seram mana pun! Tapi cousin aku yang pmpuan ni aku ingatkan berani sebab dia yang excited nak tengok movie hantu. Tapi dia pulak yang jerit lebih. Cousin aku yang lelaki tu pulak sempat lagi tertidur. Dah nak habis, baru terjaga! Hmm..rugi duit je. huhu..
Tapi tak apa! Yang penting aku enjoy lepak ngan cousin2 aku! Aku sayang korang^^...
p/s: Aku berani cerita pasal diorang ni sebab aku tau diorang takkan dapat baca blog aku ni. hehehe~
Subscribe to:
Posts (Atom)