Gambar dicuri dari google... |
Tengah hari tadi, aku pergi lunch ngan kawan aku. kami makan kat McD. hohoho...dah lama tak makan McD. Then, kami order lah 2 set SPICY CHICKEN McDELUXE seperti gambar di atas. 2 bulan aku puasa McD. huhuhu..
Tapi, bukan McD yang aku nak story kat sini dan pada detik ini. Actually, ada satu benda yang aku selalu buat, tapi aku dah lupa yang benda aku buat tu sangat bermakna buat aku satu ketika dahulu. Perbualan aku dengan kawan aku semasa menikmati hidangan McD tadi buat aku teringat kembali maksud disebalik signature aku.
Dah lebih kurang 9 tahun aku menggunakan signature yang sama. Jika dahulu aku akan tersenyum apabila malakar signature itu, sekarang aku melakarnya tanpa apa-apa perasaan.
Bila difikir kembali maksud disebalik signature itu, aku jadi ketawa sendiri. Perasaanku ketika itu terlalu suci dan innocent. Tanpa memikirkan kesannya, aku mencipta signature dengan nama si dia digabungkan dengan namaku. Si dia yang kini entah dimana, langsung tidak tahu-menahu tentang ini. Namanya ku bawa kesana-kemari untuk urusan-urusan yang penting.
Selepas mengenang kisah silam tu, aku pun terfikir. Apa lah yang si dia akan rasa andai satu hari nanti si dia tahu yang aku guna nama dia selama bertahun-tahun sebagai signature?????