Kawan??? Ya...aku ada ramai kawan. Raaaamaiiii...kami makan sama-sama, tengok wayang sama-sama, shopping sama-sama, picnic sama-sama, karaoke sama-sama (walaupun aku tak pandai nyanyi..haha). Kami memang bergelak-ketawa bersama.
Tapi di saat aku perlu keluar rumah tatkala matahari masih malu-malu menunjukkan sinarnya, tiada siapa yang sudi menjadi teman. Walaupun diselubungi perasaan takut akan orang yang tak kenali, kaki ini kugagahkan juga melangkah menuju pehentian bas. Anjing-anjing yang juga baru membuka mata tertoleh-toleh ke arahku dengan penuh hairan. Mujur sahaja hormon adrenalinku tidak merembes terlalu banyak. Walaupun anjing-anjing itu dapat menghidu adrenalin yang mengalir, langkah yang beribu ini memang sudah siap ku atur awal-awal. Semuanya demi ikan-ikan kesayangan yang perlu diberi makan walaupun aku sendiri belum makan.
Di saat menunggu bas yang tidak juga kunjung tiba walaupun sudah lebih lima belas minit menanti, aku terbayang-bayang wajah kawan-kawan(?) ku yang sedang enak dibuai mimpi-mimpi indah, masih dibaluti selimut tebal dan tak perlu melalui hari-hari seperti yang ku lalui. Berbaloi kah pilihan yang dah aku buat ni?
Perjalananku tidak berhenti di situ. Perjalananku masih jauh. Maksudku, ya...aku masih perlu berjalan kaki berkilometer lagi untuk menemui ikan-ikan kesayangan. Siapa peduli? Aku penat? Aku tak larat? Siapa peduli? Tiada! Mereka tidak tahu apa-apa.
Dan bila masih ada yang peduli padaku, masih ada yang mahu berkongsi susah dan senang bersamaku, muncul pula suara-suara sinis dan bingit yang cukup menyakitkan gegendang telingaku! Kenapa? Saat aku boleh merasa sedikit kemudahan, baru kau mahu mengaku sebagai kawan?? Menyalahkan aku kerana membiarkan kau berjalan yang jaraknya tidak pun sampai setengah perjalanan yang terpaksa ku lalui SETIAP HARI?? Dimana letaknya kewarasanmu dalam membuat perbandingan??
Aku sudah penat begini. Aku sudah penat mengerutkan dahi setiap masa. Bukan ini yang ku mahu. Sudahlah! Jika bagimu aku sudah cukup kejam, biarlah ikatan sahabat itu putus..perkataan maaf yang seringkali terucap bagiku cuma sekadar perkataan yang kosong maknanya. Sudahlah! Jangan bersusah-payah memulihkan keadaan....Walaupun luka itu sudah kering dan darah sudah berhenti mengalir, parut itu tetap ada.
Cukuplah sampai di sini......
p/s: Thanks a lot utk kwn2 yg masih sudi mendengar luahan hati ini, yg sudi menemani di saat susah dan senang, yang sudi ambil tahu keadaan diri ini dan yang sudi tolong masak nasi time aku busy! hehe^^