5 March! Hari yang ditunggu-tunggu. Tindakan offensive akhirnya diambil oleh pihak ATM dan PDRM ke atas penceroboh2 durjana yang mengganggu keamanan negara kita.
Tuhan sahaja yang tahu perasaan kami penduduk-penduduk yang tinggal di kawasan Felda Sahabat ini semalam. Pagi-pagi lagi aku dan keluarga berlari ke luar rumah memandang ke langit. Bunyi jet peluang yang berlegar-legar di atas rumah menimbulkan tanda tanya. Perang sudah kah???? Perasaan menjadi tidak tenang. Ditambah lagi dengan panggilan telefon dari sanak saudara yang tinggal berdekatan Kg. Tanduo. Mereka terdengar bunyi kuat seperti dentuman bom berulang-ulang kali. Biar betul????
Berita di TV mengesahkannya! Ya, kita sudah melancarkan serangan. "Ya Allah, selamatkanlah pejuang-pejuang negara kami." Itu sahajalah yang mampu kami lakukan mengiringi perjuangan pahlawan-pahlawan negara di samping berharap tiada nyawa penduduk setempat yang turut menjadi korban.
Bilalah semua ini akan berakhir? Bak kata adik-adikku yang terpaksa bercuti sekolah.." Kami memang suka cuti sekolah. Kalau boleh hari-hari cuti sekolah pun ndak apa. Tapi janganlah cuti sekolah sebab ni."
Sedih tengok mereka yang terkorban demi mempertahankan kedaulatan negara. Ya Allah. Janganlah ada lagi nyawa pejuang-pejuang kami yang terkorban. Amin...
Inilah barisan kita, Yang ikhlas berjuang, Siap sedia berkorban, Untuk ibu pertiwi... |