Monday, August 23, 2010

Allah Knows

Fuh....Baru balik terawih ni. Dah beberapa hari tak pergi terawih kat surau. Demam sikit...biasa lah. Dugaan time puasa ni. memang mcm ni lah. Demam-demam pun dapat jugak aku taip entri kali ni. huhu...kecekalan dan kesabaran tu penting! ceh......hehe

Sejak akhir-akhir ni aku selalu dengar satu lagu nasyid english. Boleh dikatakan agak favourite aku jugak la...Allah knows by Zain Bikha. bait-bait liriknnya sungguh bermakna..melodinya juga sedap didengar..aku sediakan liriknya...hayatilah!

Allah Knows Lyrics

When you feel all alone in this world
And there’s nobody to count your tears
Just remember, no matter where you are
Allah knows
Allah knows
When you carrying a monster load
And you wonder how far you can go
With every step on that road that you take
Allah knows
Allah knows
CHORUS
No matter what, inside or out
There’s one thing of which there’s no doubt
Allah knows
Allah knows
And whatever lies in the heavens and the earth
Every star in this whole universe
Allah knows
Allah knows
When you find that special someone
Feel your whole life has barely begun
You can walk on the moon, shout it to everyone
Allah knows
Allah knows
When you gaze with love in your eyes
Catch a glimpse of paradise
And you see your child take the first breath of life
Allah knows
Allah knows
CHORUS
When you lose someone close to your heart
See your whole world fall apart
And you try to go on but it seems so hard
Allah knows
Allah knows
You see we all have a path to choose
Through the valleys and hills we go
With the ups and the downs, never fret never frown
Allah knows
Allah knows
CHORUS (x2)
BRIDGE:
Every grain of sand,
In every desert land, He knows.
Every shade of palm,
Every closed hand, He knows.
Every sparkling tear,
On every eyelash, He knows.
Every thought I have,
And every word I share, He knows.
Allah knows.

Album: Allah Knows
Words and Melody By: Zain Bhikha.
Performed By: Zain Bhikha & Dawud Wharnsby
Released: 2006

Friday, August 20, 2010

Mengenang kamu.....

Alhamdulillah.....
Entri ke 4 ku. Dah masuk puasa yang ke 11. Setiap kali aku pergi beli barang kat kedai, dah start dah orang pasang lagu raya. Kat Giant lagi ganas! Pasang lagu raya yang kaw kaw punya. Sampai menitis air mata aku ni memilih maggie sambil mendengar lagu Aisyah, "PULANGLAH". huhu...nasib baik pergi seorang. Kalau aku menitiskan air mata kat depan kawan-kawan aku, memang habislah. Riuhlah satu kelas nanti dengan cerita yang mengatakan budak yang selama ni lagak kuat dan cekal di dalam kelas boleh nangis dalam Giant. huhu...malu weyh!
Okey. Dalam entri ni sebenarnya aku nak cerita pasal family tersayang aku kat kampung. Actually, bukan kampung sangat lah. Tapi memandangkan aku duk jauh dari family, biarlah rumah aku yang tak berada dalam kampung sangat tu aku gelarkan kampung jugak (^_^). (rasa cool pulak taip smile macam ni!)

First, aku nak cerita pasal Ayah aku. Tuan Ayah adalah seorang yang sangat tegas! Rumah aku penuh disiplin memandangkan beliau pernah berkhidmat sebagai askar suatu masa dahulu (cuma sementara). Tuan Ayah sangat mementingkan pelajaran anak-anak. Well, memandangkan aku anak sulung, akulah orang pertama yang diberi amaran jika gagal dalam peperiksaan. Tuan Ayah cakap, "buat apa dapat nombor 1 dalam kelas tapi gagal?".. Walaupun Tuan Ayah seorang yang garang namun beliau tak pernah pukul anak-anak beliau yang nakal-nakal ni. Cukuplah sekadar kata-kata beliau yang sangat menusuk hati dan merobek jantung itu, kami semua akan menangis teresak-esak. huhu...saya sayang Ayah saya!

Second, aku nak cerita pasal Puan Emak. Puan Emak seorang yang sangat contra ngan Tuan Ayah. Puan Emak sangat lembut. Tuan Ayah dan Puan Emak ni memang 'match made in heaven' lah. Ramai-ramai orang kat dunia ni, Puan Emak adalah orang yang paling pandai masak! Laksa yang Puan Emak masak sangat-sangat wow...hehe. Aku rasa semua anak akan cakap macam ni jugak kan? Puan Emak sangat memahami aku. Aku selalu cerita masalah peribadi aku ngan Puan Emak. Banyak benda yang aku tak leh cerita ngan kawan-kawan aku, tapi aku dapat cerita ngan Puan Emak. Contohnya, pasal budak lelaki yang suka ngan aku. hehe..aku tak leh cerita ngan kawan-kawan aku. Nanti diorang sebar pulak ngan semua orang. Tapi ngan Puan Emak tak pa. Sebab Puan Emak tak kenal pun budak lelaki tu! haha..last sekali, saya sayang Emak saya!

Hmm..jari-jemari aku pun dah lenguh ni. Aku nak cerita pasal adik-adik aku dalam entri lain pulak lah! Kejap lagi, ada discussion pulak ngan group members. Nak gi siap dulu! ^_^

Friday, August 13, 2010

Alhamdulillah...Ramadhan Menjelma lagi

Alhamdulillah.....aku masih diberi peluang lagi untuk menemui Ramadhan pada tahun ni. sedih jugak la sebab tak dapat puasa pada hari pertama ni ngan family. tapi tak apa. ini lah namanya anak merantau. huhu...
Bila nak dekat-dekat waktu nak berbuka tu, aku pergi la bazar Ramadhan ngan kawan-kawan aku. kami pun belilah apa yang patut untuk berbuka. tapi rambang mata weyh! banyak sangat makanan. last sekali, harga makanan aku lari budget! memang betul la orang cakap. bazar Ramadha ni jugak dikenali sebagai 'bazir Ramadhan'. hehe.........

Tapi, apa-apa pun aku harap aku dapat menempuhi bulan yang penuh hikmah ini dengan penuh sabar. Ramadhan yang datang ini tak boleh disia-siakan.

Dari Abu Hurairah R.A, "Rasulullah S.A.W bersabda:
“Sesungguhnya telah datang kepadamu bulan Ramadhan, bulan yang diberkati. Allah S.W.T telah mewajibkan kepadamu berpuasa pada bulan tersebut. Pada bulan tersebut akan dibukakan pintu-pintu langit, dan ditutupkan pintu-pintu neraka, dan syaitan-syaitan akan dibelenggu. Pada bulan tersebut terdapat satu malam yang nilainya lebih baik dari seribu bulan. Siapa yang tidak memperoleh kebajikan di malam tersebut, maka ia tidak memperoleh kebajikan apapun”. (Hadis Riwayat al-Nasa’i dan Ahmad)

P/S: peringatan untuk diri sendiri dan sahabat-sahabat=)

Sunday, August 8, 2010

Sampai Hati U

Entri ke-2 ku....Aku menaip sambil melayan lagu penyanyi group dari Korea (SNSD). best jugak lah lagu diorang ni. bolehlah menghilangkan rasa bosan dan seram akibat stay up kat dalam bilik ni. roomate aku dah tidur. so, kenalah off lampu. kalau tak, ada jugaklah orang yang tak nak cakap ngan aku esok..huhu

Aku bukan nak cerita pasal dia. aku just nak cakap pasal kawan lelaki aku yang seorang ni. dia kawan aku time sekolah menengah dulu. setelah menjadi student second year kat UMS ni, adalah kawan-kawan inform kat aku yang kawan aku seorang ni dapat masuk UMS tahun ni. aku ni kira senior dia lah (umur kami sama). aku punyalah excited mendengar berita tersebut. satu hari jugaklah aku tersenyum dan ketawa dengan girangnya=). finally, ada jugak kawan aku yang dapat masuk sini!
                                             

Adalah jugak kami mesej-mesej nak jumpa bila free. tapi aku fahamlah budak-budak first year. busy banyak sikit. jadi, tak dapatlah jumpa. nak dijadikan cerita, ada satu hari tu aku on d way nak masuk kelas accounting. banyaklah budak-budak first year yang keluar dari dewan kuliah. aku harap sangat dapat terserempak ngan kawan aku tu. tup tup! memang aku dapat terserempak ngan dia! dia betul-betul kat depan aku! walaupun dah 2 tahun tak jumpa, aku masih dapat cam wajahnya. tak pasal-pasal aku jadi nervous lah pulak. nak cakap apa? jarak kami semakin dekat. biar dia tegur aku dulu lah! bisik hatiku (ceh...).

Tapi dia berlalu tanpa memandang ke arahku sedikitpun! hancur berkecai hatiku time tu. huhu...apa ni? aku fikir balik. may be dia tengah khusyuk berbual ngan kawan-kawan dia. ok, takpe. kali ni may be salah aku. aku patut tegur dia dulu.

Kami terus jugak mesej-mesej. biasalah. banyak betul soalan dia. sebagai kawan and senior, aku tolong jugaklah. beberapa hari selepas itu, aku terserempak lagi ngan dia. aku nak panggil, tapi seganlah! coursemate aku ada ngan aku time tu. kalau aku pergi jumpa dia, mesti diorang gosip bukan-bukan. mulut diorang ni bukan bleh percaya sangat. hehe.. takpelah. aku biarkan je...

pada petang hari yang sama, aku dapat peluang yang sangat bagus untuk menegur kawanku itu buat kali pertama. kali ini, biarlah aku tegur dulu! tekadku. beberapa langkah lagi. hari hujan time tu. aku memakai payung. dia juga berpayung. bezanya dia tengah berpayung dengan pempuan lain. dari jauh lagi aku sudah mengukir senyuman. dia tak balas! ok, ini dah lebih. semakin hampir. aku pandang terus kat dia. dia hairan tengok aku. aku dengan panas hatinya bersuara. "Oi! kau tak kenal aku?" dia diam lagi. kemudian matanya bulat lantas ketawa menepuk dahi. hati aku tengah terbakar ni. dia boleh ketawa lagi? "Sorry..sorry..aku tak perasan tadi." aku buat muka merajuk sikit. geram! ini balasan dia kat aku lepas aku berkorban untuk menegurnya terlebih dahulu. nak harap dia, memang tak dapatlah kami nak bercakap face to face macam ni. Dah 2 tahun lebih aku tak jumpa kawan-kawan after form 5 dulu (except yang tinggal 1 kampung ngan aku). Aku masuk matrikulasi, yang lain masuk form 6. memang susah nak jumpa. tapi bila jumpa, boleh pulak tak kenal ngan aku. sampai hati...huhu.

P/S: pada kawan yang aku maksudkan, kalau terbaca entri ni jangan kecik hati ye. aku just tulis-tulis for fun..hehe

Saturday, August 7, 2010

AkU sAyAnG kAu

~~Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun....dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah anda alami....~~


Anyone being jealous of their sweet friendship? :) hope i'm not d only one...Selena Gomez dan Demi Lovato dah lama jadi kawan baik. sejak masuk audition untuk program tv kanak-kanak Barney & friends lagi..wah, lama tu! Barney and friends pun salah satu favourite aku time kecik-kecik dulu. sanggup sembunyikan remote control dalam baju takut ada orang nak tukar channel..huhu~~ tapi time tu aku tak kenal Selena ngan Demi lagi. mesti diorang cute gile time tu kan? pada korang yang tak pernah tengok Selena ngan Demi yang cute ni time kecik-kecik dulu...nah! aku prepare pic ni untuk korang...^_^