Sunday, August 8, 2010

Sampai Hati U

Entri ke-2 ku....Aku menaip sambil melayan lagu penyanyi group dari Korea (SNSD). best jugak lah lagu diorang ni. bolehlah menghilangkan rasa bosan dan seram akibat stay up kat dalam bilik ni. roomate aku dah tidur. so, kenalah off lampu. kalau tak, ada jugaklah orang yang tak nak cakap ngan aku esok..huhu

Aku bukan nak cerita pasal dia. aku just nak cakap pasal kawan lelaki aku yang seorang ni. dia kawan aku time sekolah menengah dulu. setelah menjadi student second year kat UMS ni, adalah kawan-kawan inform kat aku yang kawan aku seorang ni dapat masuk UMS tahun ni. aku ni kira senior dia lah (umur kami sama). aku punyalah excited mendengar berita tersebut. satu hari jugaklah aku tersenyum dan ketawa dengan girangnya=). finally, ada jugak kawan aku yang dapat masuk sini!
                                             

Adalah jugak kami mesej-mesej nak jumpa bila free. tapi aku fahamlah budak-budak first year. busy banyak sikit. jadi, tak dapatlah jumpa. nak dijadikan cerita, ada satu hari tu aku on d way nak masuk kelas accounting. banyaklah budak-budak first year yang keluar dari dewan kuliah. aku harap sangat dapat terserempak ngan kawan aku tu. tup tup! memang aku dapat terserempak ngan dia! dia betul-betul kat depan aku! walaupun dah 2 tahun tak jumpa, aku masih dapat cam wajahnya. tak pasal-pasal aku jadi nervous lah pulak. nak cakap apa? jarak kami semakin dekat. biar dia tegur aku dulu lah! bisik hatiku (ceh...).

Tapi dia berlalu tanpa memandang ke arahku sedikitpun! hancur berkecai hatiku time tu. huhu...apa ni? aku fikir balik. may be dia tengah khusyuk berbual ngan kawan-kawan dia. ok, takpe. kali ni may be salah aku. aku patut tegur dia dulu.

Kami terus jugak mesej-mesej. biasalah. banyak betul soalan dia. sebagai kawan and senior, aku tolong jugaklah. beberapa hari selepas itu, aku terserempak lagi ngan dia. aku nak panggil, tapi seganlah! coursemate aku ada ngan aku time tu. kalau aku pergi jumpa dia, mesti diorang gosip bukan-bukan. mulut diorang ni bukan bleh percaya sangat. hehe.. takpelah. aku biarkan je...

pada petang hari yang sama, aku dapat peluang yang sangat bagus untuk menegur kawanku itu buat kali pertama. kali ini, biarlah aku tegur dulu! tekadku. beberapa langkah lagi. hari hujan time tu. aku memakai payung. dia juga berpayung. bezanya dia tengah berpayung dengan pempuan lain. dari jauh lagi aku sudah mengukir senyuman. dia tak balas! ok, ini dah lebih. semakin hampir. aku pandang terus kat dia. dia hairan tengok aku. aku dengan panas hatinya bersuara. "Oi! kau tak kenal aku?" dia diam lagi. kemudian matanya bulat lantas ketawa menepuk dahi. hati aku tengah terbakar ni. dia boleh ketawa lagi? "Sorry..sorry..aku tak perasan tadi." aku buat muka merajuk sikit. geram! ini balasan dia kat aku lepas aku berkorban untuk menegurnya terlebih dahulu. nak harap dia, memang tak dapatlah kami nak bercakap face to face macam ni. Dah 2 tahun lebih aku tak jumpa kawan-kawan after form 5 dulu (except yang tinggal 1 kampung ngan aku). Aku masuk matrikulasi, yang lain masuk form 6. memang susah nak jumpa. tapi bila jumpa, boleh pulak tak kenal ngan aku. sampai hati...huhu.

P/S: pada kawan yang aku maksudkan, kalau terbaca entri ni jangan kecik hati ye. aku just tulis-tulis for fun..hehe

No comments:

Post a Comment