Sunday, April 1, 2012

Bawaku pergi

Salam...


Haha...agak lama tidak menulis. Time nak start tadi memang agak kekok. Tapi sekarang dah ok, kot...hehe. Ok, sapa yg pernah dengar lagu nyanyian Kaka dan Zizan 'Bawaku Pergi'? Mesti ramai yg dah pernah dengar kan. Lagu ni popular..satu hari mesti dengar 3 or 4 kali kat radio.


Tapi, tiba-tiba pulak lagu ni diharamkan. Kenapa?? Alasannya, lirik tak sesuai dan mengandungi unsur-unsur menghasut para remaja sekarang untuk lari dari rumah. Whoa....terkejut gila aku dengar berita ni! Bagi aku lagu ni sedap didengar. Santai je melodi tu..dah lah Zizan pun nyanyi. lagi lah aku suka. huhu...






Aku pun analyse lah lirik2 lagu ni. Hmm..mungkin dari satu segi, memang lah ada lirik yang tak sesuai. Tapi, takkanlah lepas dengar lagu ni, ada remaja yang terus lari dari rumah. Tolonglah, be smart! Kalau kita fikir luas sikit, lagu ni sangat2 lah sweet kalau ditujukan buat isteri atau suami. Bukan untuk remaja sahaja ok...


Kalaulah lirik lagu dijadikan alasan dan penyebab remaja-remaja lari dari rumah, memang sangat melucukan! Rasanya banyak lagi lirik2 lagu yang kontroversi (cnthnya: It will rain , bruno mars). Tapi tak pun diharamkan kat radio. Isy3....






p/s: Jangan nak cari alasan lain untuk tutup kesalahan diri. Anak lari dari rumah, bukan sebab dengar lagu ok!
Fikiran jangan terlalu dangkal..




No comments:

Post a Comment