Tuesday, April 9, 2013

Serindu Taj Mahal


"Abang! Jangan tinggalkan Sha, abang. Jangan, abang!"

Siapa yang tak sedih melihat si suami menghembus nafas terakhir di pangkuan isteri tercinta?? Hati mana yang tak tersentuh?? Mata mana yang tidak bergenang air mata??


Telemovie khas Serindu Taj Mahal yang aku tonton semalam betul-betul menyentuh jiwa. Huhu...Si cantik manis, Wawa Zainal, melakonkan watak Aisha dengan baik sekali. First time aku rasa lakonan dia mantap. Memang first class lah!





Sinopsis:

Aisha (Wawa Zainal) dah bertunang dengan Adam (Shah Jazzle) bukan atas dasar cinta. Then, Aisha bertemu dengan Shahrizal (Adi Putra). Shahrizal ni bestfriend Adam. Aisha dengan Shahrizal pulak jatuh cinta pandang pertama. Mereka bercinta di belakang Adam selama 6 bulan. 

Tapi, Shahrizal undur diri sebab dah tak sanggup khianati Adam lagi. Time hari pernikahan Adam dan Aisha, Aisha larikan diri. Shahrizal bawa Aisha balik dan ambil keputusan untuk kahwin dengan Aisha. Respect lah dekat Adam sebab boleh lepaskan Aisha dan terima semuanya dengan ikhlas (Ada jugak orang baik hati macam Adam ni!). 

Lepas kahwin, semuanya indah. Aisha dan Shahrizal honeymoon kat India (My Mr. B honeymoon dream place!!). Tapi, hari yang panas tak sampai ke petang. Turun pulak hujan di tengah hari. Shahrizal meninggal dunia akibat Leukimia. Meninggal dunia pulak di pangkuan Aisha. Sedih sangat! Aisha tengah sarat mengandung time tu. Tapi Aisha tetap tabah. 

Tak lama lepas tu, Allah uji Aisha lagi! Bayinya meninggal dalam kandungan. Aisha hidup dalam kesunyian. Di hadapan orang lain, Aisha nampak okay. Tapi di rumah, Aisha hidup dalam khayalan. Dalam dunia Aisha, Shahrizal dan anak mereka masih hidup! (Seram jugak tengok Aisha dodoi anak patung). Adam cuba tolong Aisha dan bawa Aisha jumpa psychiatrist. Tapi, Aisha tetap tak mahu terima kenyataan. 

Hinggalah satu malam, Ayah Aisha paksa Aisya pergi ke kubur arwah suaminya (Time ni lagi tak tahan! Aku nangis..). Aisha terpaksa terima kenyataan yang suami dan anaknya dah tak ada lagi. Bayangan Shahrizal dan baby mereka yang comel tu perlahan-lahan pergi tinggalkan Aisha. Untuk kebaikan Aisha, Adam bawa Aisha kembali ke India untuk kuatkan Aisha untuk berani menghadapi kesedihan. Tiba-tiba muncul seorang lelaki yang serupa dengan Shahrizal. Rupa-rupanya mamat India yang tak ada kena-mengena dengan Shahrizal pun (lawak pulak Adi Putra cakap Hindustan! Hahaha). 

p/s: Kalau aku jadi Aisha, aku tak rasa aku cukup kuat untuk hadapi semua tu. Ya Allah! Jika benar dia untukku, permudahkanlah. Aku mohon, Ya Allah!

No comments:

Post a Comment