Tuesday, April 9, 2013

Serindu Taj Mahal


"Abang! Jangan tinggalkan Sha, abang. Jangan, abang!"

Siapa yang tak sedih melihat si suami menghembus nafas terakhir di pangkuan isteri tercinta?? Hati mana yang tak tersentuh?? Mata mana yang tidak bergenang air mata??


Telemovie khas Serindu Taj Mahal yang aku tonton semalam betul-betul menyentuh jiwa. Huhu...Si cantik manis, Wawa Zainal, melakonkan watak Aisha dengan baik sekali. First time aku rasa lakonan dia mantap. Memang first class lah!





Sinopsis:

Aisha (Wawa Zainal) dah bertunang dengan Adam (Shah Jazzle) bukan atas dasar cinta. Then, Aisha bertemu dengan Shahrizal (Adi Putra). Shahrizal ni bestfriend Adam. Aisha dengan Shahrizal pulak jatuh cinta pandang pertama. Mereka bercinta di belakang Adam selama 6 bulan. 

Tapi, Shahrizal undur diri sebab dah tak sanggup khianati Adam lagi. Time hari pernikahan Adam dan Aisha, Aisha larikan diri. Shahrizal bawa Aisha balik dan ambil keputusan untuk kahwin dengan Aisha. Respect lah dekat Adam sebab boleh lepaskan Aisha dan terima semuanya dengan ikhlas (Ada jugak orang baik hati macam Adam ni!). 

Lepas kahwin, semuanya indah. Aisha dan Shahrizal honeymoon kat India (My Mr. B honeymoon dream place!!). Tapi, hari yang panas tak sampai ke petang. Turun pulak hujan di tengah hari. Shahrizal meninggal dunia akibat Leukimia. Meninggal dunia pulak di pangkuan Aisha. Sedih sangat! Aisha tengah sarat mengandung time tu. Tapi Aisha tetap tabah. 

Tak lama lepas tu, Allah uji Aisha lagi! Bayinya meninggal dalam kandungan. Aisha hidup dalam kesunyian. Di hadapan orang lain, Aisha nampak okay. Tapi di rumah, Aisha hidup dalam khayalan. Dalam dunia Aisha, Shahrizal dan anak mereka masih hidup! (Seram jugak tengok Aisha dodoi anak patung). Adam cuba tolong Aisha dan bawa Aisha jumpa psychiatrist. Tapi, Aisha tetap tak mahu terima kenyataan. 

Hinggalah satu malam, Ayah Aisha paksa Aisya pergi ke kubur arwah suaminya (Time ni lagi tak tahan! Aku nangis..). Aisha terpaksa terima kenyataan yang suami dan anaknya dah tak ada lagi. Bayangan Shahrizal dan baby mereka yang comel tu perlahan-lahan pergi tinggalkan Aisha. Untuk kebaikan Aisha, Adam bawa Aisha kembali ke India untuk kuatkan Aisha untuk berani menghadapi kesedihan. Tiba-tiba muncul seorang lelaki yang serupa dengan Shahrizal. Rupa-rupanya mamat India yang tak ada kena-mengena dengan Shahrizal pun (lawak pulak Adi Putra cakap Hindustan! Hahaha). 

p/s: Kalau aku jadi Aisha, aku tak rasa aku cukup kuat untuk hadapi semua tu. Ya Allah! Jika benar dia untukku, permudahkanlah. Aku mohon, Ya Allah!

Monday, April 8, 2013

MaaF!

Salam....

"MAAF!" 

Mudah benar ucapan itu dilafazkan. Ikhlas atau tidak, aku pun tak tahu. Benarlah kata pujangga. Iklas itu ibarat semut hitam yang berjalan di atas batu hitam kala malam yang gelap. Sukar untuk dilihat.

Untuk apa kau meminta maaf?? Sedangkan kesalahan yang sama kau ulang lagi berkali-kali.....untuk apa??





p/s: 7 bulan dah...

Friday, April 5, 2013

JAnGaN SeDiH

SALAM.....

ALHAMDULILLAH...aku sedar. Semakin banyak dugaan yang aku lalui, semakin ramai yang mengerti. Semakin banyak sokongan dan dorongan yang diberikan. Dan aku sedar, ramai yang menyayangi dan ambil berat tentang aku. Ehem! (^_^) ALHAMDULILLAH. TERIMA KASIH ALLAH! 




P/S: Pulanglah.....:(

Tuesday, March 5, 2013

PraY FoR ThE BeST in LAhAd DAtU

Salam  keamanan dan kedamaian....

5 March! Hari yang ditunggu-tunggu. Tindakan offensive akhirnya diambil oleh pihak ATM dan PDRM ke atas penceroboh2 durjana yang mengganggu keamanan negara kita. 

Tuhan sahaja yang tahu perasaan kami penduduk-penduduk yang tinggal di kawasan Felda Sahabat ini semalam. Pagi-pagi lagi aku dan keluarga berlari ke luar rumah memandang ke langit. Bunyi jet peluang yang berlegar-legar di atas rumah menimbulkan tanda tanya. Perang sudah kah???? Perasaan menjadi tidak tenang. Ditambah lagi dengan panggilan telefon dari sanak saudara yang tinggal berdekatan Kg. Tanduo. Mereka terdengar bunyi kuat seperti dentuman bom berulang-ulang kali. Biar betul????

Berita di TV mengesahkannya! Ya, kita sudah melancarkan serangan. "Ya Allah, selamatkanlah pejuang-pejuang negara kami." Itu sahajalah yang mampu kami lakukan mengiringi perjuangan pahlawan-pahlawan negara di samping berharap tiada nyawa penduduk setempat yang turut menjadi korban.

Bilalah semua ini akan berakhir? Bak kata adik-adikku yang terpaksa bercuti sekolah.." Kami memang suka cuti sekolah. Kalau boleh hari-hari cuti sekolah pun ndak apa. Tapi janganlah cuti sekolah sebab ni."

Sedih tengok mereka yang terkorban demi mempertahankan kedaulatan negara. Ya Allah. Janganlah ada lagi nyawa pejuang-pejuang kami yang terkorban. Amin...

Inilah barisan kita, Yang ikhlas berjuang,
Siap sedia berkorban, Untuk ibu pertiwi...





Monday, February 25, 2013

MeNaNaM AnGGuR

Salam....

Kalaulah aku boleh tanam anggur di Malaysia ini, maybe dah berkilo-kilo yang aku dapat tuai. huhu...BORINGGGGG. Hanya Allah yang tahu...

Ya Allah..macam ni rupanya susah nak dapat kerja. Bukannya aku tak suka duduk rumah, tolong mak masak. Tapi, rasanya dah cukup lah...sudah cukup cukup sudah....4 bulan dah ni.. I need a job. I need money...huhu...

Tak apalah. Mungkin usaha aku masih tak cukup. I'll keep searching and pray for it. 

Tapi, semua ini ada hikmahnya. Aku dah boleh masak! hehe...bolehlah kalau setakat Moist Chocolate Cake, Nasi Tomato, Ayam Masak Merah and Nasi Ayam Penyet tu. Memang dah pro lah...hehehehe..Alhamdulillah....

Bolehlah kan..nampak lah rupa kek jugak..hehe


P/s: Love my COMEL ^_^