Sunday, October 24, 2010

KeyChain

Aku ke shopping mall hari ni. Nak temankan kawan aku actually. Aku masih dalam 'saving period' lagi. tapi, kawan aku dah minta teman...tak sampai hati pulak mau tolak.
so, nak dijadikan cerita...
kami pun berjalan-jalanlah di shopping mall tersebut.
setelah penat tawaf satu shoppinh mall tu, kami pun pergilah McDonald untuk melepaskan penat, mengisi perut, membasahkan tekak & sebagainya..(ceh...) kami suka pergi McDonald sebab air boleh refill..hehe

Sambil kami menikmati fries, tiba-tiba datang pulak beberapa orang budak kecil yang membawa tabung derma untuk meminta derma. kasihan aku melihat budak-budak itu. lalu kawan aku pun mengeluarkan sedikit wang dari 'purse'nya..aku agak kaget ketika itu. bukan kedekut! tapi kenangan lalu kembali menyapa ingatanku.

Suatu masa dahulu...(ehem!)
aku dan seorang temanku sedang menunggu bas untuk pulang ke rumah setelah seharian berjalan-jalan di pekan.
sambil kami menunggu bas, tiba-tiba dua orang budak menghampiri kami untuk meminta sedekah. kami berdua yang sangat baik hati dan innocent ini pun mengeluarkan sedikit wang daripada beg kami. kebetulan aku sedang memegang sekotak susu perica coklat yang belum dibuka. susu kotak itu juga kuberikan kepada mereka. beberapa saat kemudian, lima orang budak turut menghampiri kami, juga meminta sedekah. kami panik! kemudian, semakin ramai budak-budak datang menghampiri kami. dalam ketakutan, aku menarik tangan temanku itu lalu kami berlari selaju yang mungkin. budak-budak tersebut masih mengejar kami. kami masuk ke sebuah shopping mall berdekatan lalu bersembunyi di sebalik pakaian-pakaian yang bergantungan di sebuah kedai pakaian. setelah memastikan kami sudah tidak diekori barulah kami berani untuk kembali ke terminal bas. kenangan itu benar-benar memberi kesan kepadaku. sebab itu aku kaget apabila budak-budak meminta sedekah menghampiriku. huhuhu....

Kami masih di McDonald, seorang lelaki pula datang menghampiri kami. dia memberiku sebuah kad. aku baca. di atas kad tersebut tertulis bahawa dia seorang yang pekak. dia memintaku untuk membeli keychain yang dibuatnya sendiri...entah kenapa hatiku tersentuh. jika aku tidak mahu beli, dia juga tidak memaksa. lantas ku keluarkan wang RM10 dan dia memberiku 2 buah keychain yang cantik ukirannya.
setelah dia berlalu, aku kemudian terfikir....
adakah manusia sepertiku hanya ingin membantu orang lain hanya jika diberi balasan terhadap bantuan tersebut?????? :(

No comments:

Post a Comment