Monday, October 11, 2010

Kenapa diri ini disakiti???

Aku menulis bukan untuk menghukum sesiapa..bukan juga untuk meminta simpati. cukuplah sekadar diri ini difahami...
Aku menulis entri ini dalam keadaan emosi diri yang tidak menentu...mahu menyiapkan assignment yang terbengkalai juga terasa tidak mampu saat ini.  Ku harap, selepas meluahkannya di sini aku dapat menjadi lebih tenang. 
Aku tidak pernah merasa sakit hati, kecewa, rasa bersalah dan rasa diri tidak berguna seperti sekarang. perasaanku bercampur-baur. Aku rasa sangat down. 
Bukan putus cinta! Masalah kawan. Perkataan 'kawan' itu masih wujud atau tidak, aku juga kurang pasti. Atau selama ini memang tidak pernah wujud perkataan itu di antara kami. 
Dia pemimpin. Dia ketua. Dia dihormati. 
"Kita semua 1 family!" dia sendiri yang menegaskan perkataan itu di hadapan kami semua ketika dia berasa sangat kecewa dengan tindakan salah seorang daripada kami yang sangat mementingkan diri sendiri. Aku cukup respect sebab dia berani berkata begitu.
Tapi, apa jadi sekarang? Saat kami ditugaskan untuk bekerjasama dalam tempoh waktu yang agak lama, semua tampak tidak menjadi.
Aku faham jika dia kecewa dengan kami yang mungkin bertindak lambat dan membuat kerja last minit. Tapi wajarkah kami dihukum dan dipermainkan sebegini rupa? Dimana 'family' yang pernah kau katakan dulu? Aku sangat terpana saat kau meremehkan usaha yang kami lakukan! 
Kadang-kadang aku terfikir, mungkin ini pengajaran buat aku supaya tidak bergantung harap pada orang lain. Aku harap kau dapat menjadi pemimpin yang baik kepada kami, tapi kau khianati kepercayaan kami itu.  Tolonglah, aku tidak suka bermusuhan dengan sesiapa. Aku tidak boleh jika ada orang yang membenciku! 
Hm...aku masih tidak tenang sekarang. Mungkin ada perkara lain yang boleh membuatku lebih tenang. Doa & Solat yang khusyuk. Hm..........

No comments:

Post a Comment