Friday, December 9, 2011

Kawan ketawa ramai....kawan menangis????

Salam dihulur........






Kawan??? Ya...aku ada ramai kawan. Raaaamaiiii...kami makan sama-sama, tengok wayang sama-sama, shopping sama-sama, picnic sama-sama, karaoke sama-sama (walaupun aku tak pandai nyanyi..haha). Kami memang bergelak-ketawa bersama. 

Tapi di saat aku perlu keluar rumah tatkala matahari masih malu-malu menunjukkan sinarnya, tiada siapa yang sudi menjadi teman. Walaupun diselubungi perasaan takut akan orang yang tak kenali, kaki ini kugagahkan juga melangkah menuju pehentian bas. Anjing-anjing yang juga baru membuka mata tertoleh-toleh ke arahku dengan penuh hairan. Mujur sahaja hormon adrenalinku tidak merembes terlalu banyak. Walaupun anjing-anjing itu dapat menghidu adrenalin yang mengalir, langkah yang beribu ini memang sudah siap ku atur awal-awal. Semuanya demi ikan-ikan kesayangan yang perlu diberi makan walaupun aku sendiri belum makan. 

Di saat menunggu bas yang tidak juga kunjung tiba walaupun sudah lebih lima belas minit menanti, aku terbayang-bayang wajah kawan-kawan(?) ku yang sedang enak dibuai mimpi-mimpi indah, masih dibaluti selimut tebal dan tak perlu melalui hari-hari seperti yang ku lalui. Berbaloi kah pilihan yang dah aku buat ni? 

Perjalananku tidak berhenti di situ. Perjalananku masih jauh. Maksudku, ya...aku masih perlu berjalan kaki berkilometer lagi untuk menemui ikan-ikan kesayangan. Siapa peduli? Aku penat? Aku tak larat? Siapa peduli? Tiada! Mereka tidak tahu apa-apa. 

Dan bila masih ada yang peduli padaku, masih ada yang mahu berkongsi susah dan senang bersamaku, muncul pula suara-suara sinis dan bingit yang cukup menyakitkan gegendang telingaku! Kenapa? Saat aku boleh merasa sedikit kemudahan, baru kau mahu mengaku sebagai kawan?? Menyalahkan aku kerana membiarkan kau berjalan yang jaraknya tidak pun sampai setengah perjalanan yang terpaksa ku lalui SETIAP HARI?? Dimana letaknya kewarasanmu dalam membuat perbandingan??

Aku sudah penat begini. Aku sudah penat mengerutkan dahi setiap masa. Bukan ini yang ku mahu. Sudahlah! Jika bagimu aku sudah cukup kejam, biarlah ikatan sahabat itu putus..perkataan maaf yang seringkali terucap bagiku cuma sekadar perkataan yang kosong maknanya. Sudahlah! Jangan bersusah-payah memulihkan keadaan....Walaupun luka itu sudah kering dan darah sudah berhenti mengalir, parut itu tetap ada.

Cukuplah sampai di sini......


p/s: Thanks a lot utk kwn2 yg masih sudi mendengar luahan hati ini, yg sudi menemani di saat susah dan senang, yang sudi ambil tahu keadaan diri ini dan yang sudi tolong masak nasi time aku busy! hehe^^

Sunday, November 27, 2011

Comel Sangat^^

Salam dihulur....






Yesss..entri pasal my love lagi ni. Hahahaha...biarlah dia menjadi 'my love' aku dalam blog ni ye..(nak berangan lagi!) huhu...


Recently, aku cari2 la video pasal my love dalam youtube. Tiba2, video ni muncul pulak. Hehehehe...comel betul suara dia. Adorable sangat2. Kalau tak percaya...check this out!


http://www.youtube.com/watch?v=Nwjr5OPyNsU

Well...ok lah. That is all for now..thank you! ^_^



Tuesday, November 22, 2011

SAYA SAYANG MALAYSIA!!!!^_^

Salam semua.....^_^


Mood happy3 sekarang ni. Ye la...sapa yang tak happy kan??? Malaysia menang emas bola sepak sukan SEA 2011!!!!!!! Hahahaha.....tahniah buat skuad Harimau muda negara. Walaupun dihina dan dicaci di GBK, mereka masih mampu bermain dengan cemerlang dan mengharumkan nama Malaysia di hadapan ribuan penyokong Indonesia. Mental dan semangat mereka cuba diganggu-gugat, tetapi kata-kata coach (Ong Kim Swee) membakar semangat mereka...aku pun naik semangat lepas baca kata-kata ni. Huhu...

" They don't respect you, they don't respect our flag, they   don't respect our King and they don't respect your parents. If you allow this to happen, then you are cowards. You must teach them what being Malaysian is all about. We beat them not once but twice in front of their fanatical crowds. We showed them how it is done.”-ONG KIM SWEE

Team Emas Malaysia 2011..


Woww..well done, our nation's heroes!!! hehehehe....

And one more thing, aku sangat sangat sangat suka gol akhir yang dijaringkan oleh my love, Baddrol Bakhtiar (bagi aku berangan jap!^^) hehehe...suspen gila gol tu!!! Memang macam dalam action film pulak kan? hahaha...anyway, good job, love:) and good job jugak pada barisan pemain-pemain yang lain. 

Captain Harimau Muda a.k.a my love (hahaha..jgn mrh~) 

Kepada Ahmad Fakri Saarani pulak, jangan stress tau! Ambil kritikan peminat bola sepak sebagai pembakar semangat untuk awak menjadi pemain yang lebih baik. Ingat, masih ada yang menghargai sumbangan yang awak dah beri untuk Malaysia sampai ke final..^_^

Last but not least, lepas ni Malaysia akan bertemu Syria pulak untuk kelayakan sukan olympic. So, all the best Malaysia!! Doa seluruh rakyat Malaysia sentiasa mengiringi perjuangan kalian...^_^

Oh ya, di sini aku sertakan link untuk pendapat yang diberikan oleh salah satu media online Indonesia mengenai perlawanan semalam..sangat positif dan analisis yang mereka lakukan mengenai team Malaysia, kind of make me proud and the writer should be praised for being so professional. Try read the article at 



p/s: Hilang stress aku lepas tengok bola semalam...huhuhu. (Suffers as a final year student)


Sunday, October 16, 2011

And I CRY

This past few weeks, I've tried to be as strong as possibles. Many things come on my way, trying to make me weak. I've sighed and I've cried. But, I'm not that weak!! I'm the best ME in the world...

Tuesday, September 20, 2011

The meaning of that signature

Gambar dicuri dari google...

Tengah hari tadi, aku pergi lunch ngan kawan aku. kami makan kat McD. hohoho...dah lama tak makan McD. Then, kami order lah 2 set SPICY CHICKEN McDELUXE seperti gambar di atas. 2 bulan aku puasa McD. huhuhu..

Tapi, bukan McD yang aku nak story kat sini dan pada detik ini. Actually, ada satu benda yang aku selalu buat, tapi aku dah lupa yang benda aku buat tu sangat bermakna buat aku satu ketika dahulu. Perbualan aku dengan kawan aku semasa menikmati hidangan McD tadi buat aku teringat kembali maksud disebalik signature aku.

Dah lebih kurang 9 tahun aku menggunakan signature yang sama. Jika dahulu aku akan tersenyum apabila malakar signature itu, sekarang aku melakarnya tanpa apa-apa perasaan.

Bila difikir kembali maksud disebalik signature itu, aku jadi ketawa sendiri. Perasaanku ketika itu terlalu suci dan innocent. Tanpa memikirkan kesannya, aku mencipta signature dengan nama si dia digabungkan dengan namaku. Si dia yang kini entah dimana, langsung tidak tahu-menahu tentang ini. Namanya ku bawa kesana-kemari untuk urusan-urusan yang penting.

Selepas mengenang kisah silam tu, aku pun terfikir. Apa lah yang si dia akan rasa andai satu hari nanti si dia tahu yang aku guna nama dia selama bertahun-tahun sebagai signature????? 

Monday, September 19, 2011

SeLaGi SyAwAl MaSiH aDa

Salam dihulurkan pembuka bicara....

Setelah lebih kurang 3 bulan aku menyepi, akhirnya kugagahkan juga diri ini untuk meng'update' blog yang sudah agak terbiar dan dipenuhi sawang dan sarang ini. Bukan lemah atau sakit, tapi keMALASan dan keSIBUKan menjadi batu penghalang. Kesempatan yang dinanti tidak juga kunjung tiba. Jika ada pun, keRAJINan yang sekelumit segera berlari jauh-jauh dari sudut hatiku yang lara. hahaha..MADAH BERHELAH pulak aku ni! ^_^

                                            

Belum terlambat kiranya aku ingin ucapkan, SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI buat semua. Selagi SYAWAL masih ada...maaf zahir dan batin. Dah hampir dua minggu semester baru dibuka...aku dah jadi senior yang paling tua dalam kos (3rd year).Perasaan yang kualami semasa menulis entri sebelum ni, sudah ku buang jauh-jauh. Alhamdulillah...dia pun dah ok. Dia layan aku elok-elok macam dulu. Mungkin berkat SYAWAL yang masih bersisa ini...

Entah kenapa SYAWAL kali ini terlalu indah dan bermakna buat aku. Tidak seperti tahun-tahun yang lepas. Jika dikenang kegembiraan yang luar biasa itu, hatiku menjadi tidak enak seketika. Akan terjadikah perkara yang sebaliknya selepas ini? Bukan menjadi pesimis, tetapi teringat akan hukum alam..langit tidak selalu cerah..

Friday, June 17, 2011

Sakit Hati Aku


Hati aku hari ni betul-betul sakit...dah lah semalam baru lepas main hujan. Aku rasa tak lama lagi aku nak demam. Takkan lah hati aku pun nak demam sekali??? huhu...Kejadian hari ni memang betul-betul aku tak sangka! Orang yang selama ni aku hormat, orang yang selama ni aku respect sebab banyak tolong aku, dah tunjuk belang. Aku tak sangka dia sanggup buat aku macam tu. Apa???? Dia ingat dia lagi high level dari aku, dia boleh malukan aku macam tu? Ko bagus sangat ke hah??? Lepas ni jangan harap aku nak jumpa ko lagi. Itu yang ko mau kan??? Selama ni ko rimas lah ngan aku??? Tak apa! Aku takkan jumpa ko lagi. Puasssss???!!!




 

Monday, June 13, 2011

Dream Wedding Ring

Yeayyy..HAZAMA dah jadi JUARA AF9!!!! Dia memang layak..hehe. OK, itu selingan sahaja.

Aku sebenarnya nak tunjuk dream wedding ring aku lagi! Tak puas lah nak tunjuk dream wedding ring aku dalam entri  Nak Kahwin ^_^ dulu. Ni lah antara yang aku paling suka!


            



Memandangkan one of my reader suka sangat gold wedding ring, so this is for you misz anisz!! hehehe..


                                           











        
p/s: nak kahwin! hahaha..*gatal*        
       

Wednesday, June 8, 2011

Aku Suka HAZAMA^^

Hahahaha...title kat atas tu memang agak pelik jugak lah! Apesal pulak aku boleh tiba-tiba suka kat Hazama ni? hehe..Actually, aku dah lama tahu Hazama ni masuk AF9. Aku pun tahulah jugak perkembangan semasa kan tapi aku tak kisah sangat lah pasal AF ni. Maklumlah, kat hostel ni mana ada TV. Aku pun tak ada keinginan nak tengok performance diorang kat Youtube.

Tapi entah tiba-tiba hati aku tergerak pulak nak tengok Hazama ni kat Youtube sebab, kawan aku cakap lagu 'Pokok' yang dia nyanyi dengan Meet Uncle Hussain tu sedap sangat! Time aku cari lagu 'Pokok' tu lah aku ternampak Hazama nyanyi lagu 'Hey Soul Sister'. Macam best je kan! Aku pun tekan lah.

Memang BEST!! Aku tak tipu. Suara Hazama best. Ala-ala rock kapak, jiwang karat lah! Suara otai-otai lah orang cakap. Hahaha..muka dia pun boleh tahan lah. Lepas tu, semua performance dia dalam AF aku tengok. Termasuk AF4 yang dia tersingkir kat konsert Prelude tu. Suara sedap ooo...suka sangat!!! Dalam diari pun dia lawak sangat Kalau dia tak ada, memang tak best lah Diari AF tu..hehehe.

Untuk Final AF9 ni, aku sokong Hazama jadi JUARA... hehehe^_^ So people, let's vote for HAZAMA!!!! KAWTIMM??????? <3

Tuesday, June 7, 2011

Nak Kahwin ^_^

Woman was made from the rib of man,
She was not created from his head to top him,
Nor from his feet to be stepped upon,
She was made from his side to be close to him,
From beneath his arm to be protected by him,
Near his heart to be loved by him..<3



  “Wahai anak muda, berkahwinlah. Sesiapa yang mampu, berkahwinlah kerana ia lebih memelihara mata dan menjaga faraj. Sesiapa yang tidak mampu untuk berkahwin hendaklah dia berpuasa kerana puasa adalah penahan (daripada gelojak nafsu)” (Hadith Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari).

Sempena musim cuti sekolah ni, ramai lah pulak orang jemput datang kenduri kahwin. Jealous pulak aku rasa..huhu. Setakat ni, dah dua orang budak kelas aku time sekolah menengah yang dah kahwin. Bila lah giliran aku pulak kan...hehe. Terus-terang aku cakap, kalau lalu depan kedai barang kemas aku mesti akan tengok cincin yang cantik-cantik. Teringin nak pakai. Cincin yang kat jari manis aku sekarang ni dah berkurun lama dah aku pakai. Nak berkarat dah. Tapi, cincin aku ni sangat bermakna tau!^^ From the beloved person~

Dream wedding ring!!!



Saturday, June 4, 2011

Voices From The Grave





Beberapa hari lepas, cousin2 aku buat konvoi datang KK. Aku memang excited nak jumpa dioarang semua. Dalam ramai-ramai tu, ada 2 orang je yang sama umur ngan aku. So, kira kitorang ni lebih rapat lah berbanding ngan yang lain. Kitorang (1 lelaki, 2 pmpuan) saja2 nak pegi tengok movie. Nak luangkan masa sama2 lah konon. Bila lagi kan nak kluar sama2. Cousin aku yang lelaki tu kerja polis kat KL, cousin yg pmpuan plak kerja cashier kat KK ni, and aku plak student yang tak ada income tiap2 bulan mcm diorang berdua ni. huhu..kira aku lah paling miskin antara semua. Tapi takpa. Aku tak payah kluar duit. Semua cousin aku belanja! hehe^^

Nak dijadikan cerita, kami pun decide lah nak tengok movie horror. Itu pun setelah bertekak sedikit sesama kami. Aku nak tengok Kungfu Panda, cousin aku yang lelaki nak tengok NurKasih, cousin aku yg pmpuan nak tengok Voices From The Grave. At last, cousin aku yg pmpuan tu jugak yg menang. Huhu!

Bila movie dah start, aku tengok muka cousin2 aku dah berubah. Tak excited macam tadi. Haha..aku tau sebabnya. Diorang kalau bab matematik ni memang tak suka. Hehe...tapi taklah macam kira2 sangat. Sikit je. Saintis dalam movie tu bleh kira jangka hayat seseorang tu. Hmm...aku no komen la.

Tapi jalan cerita movie ni agak kelam-kabut la. Aku pun tak berapa suka sangat. Tak seram mana pun! Tapi cousin aku yang pmpuan ni aku ingatkan berani sebab dia yang excited nak tengok movie hantu. Tapi dia pulak yang jerit lebih. Cousin aku yang lelaki tu pulak sempat lagi tertidur. Dah nak habis, baru terjaga! Hmm..rugi duit je. huhu..

Tapi tak apa! Yang penting aku enjoy lepak ngan cousin2 aku! Aku sayang korang^^...

p/s: Aku berani cerita pasal diorang ni sebab aku tau diorang takkan dapat baca blog aku ni. hehehe~

Friday, May 27, 2011

Mengajarku erti ketabahan





"No man can be a failure if he thinks he's a success. If he thinks he is a winner, then he is."

Wednesday, May 11, 2011

Favourite Korean Couple

I'm not saying that they are couple in real life..
But I like them! I like them to be the real couples..
Don't you guys think so? ^_^

Yoona & Taecyeon
I like them in CABI song and Family Outing..
And I like them even now..
They are so sweet!










Taeyeon & Wooyoung
They are 'Ang Ang' couple!
Like them in Win Win..
Aren't they cute???
Both TaecYoon and WooTae are my bias! 













Sandara Park & GDragon
Both of them are my bias in Bigbang and 2NE1
I don't care about their age gap!
Sandara look young for her age, right?^^













Eunjung & Lee jangwoo
I love Eunjung since dream high
They are a married couple in We Got Married
I like them in there!
Like real husband and wife..^^










So, until then! 

                 




There's no one like you

Aku suka sangat lirik lagu ni...translate lagu Suju (No other). So sweet! Hope someone will dedicate something like this to me..^_^


There's no one like you
 Even if I look around it's just like that,
where else to look for?
A good person like you..
with a good heart like you..
a gift as great as you..

How lucky,
the person who will try hard to protect you is just me..
Where else to look for?
A happy guy like me..
The guy with the happiest smile like me..

Your two warm hands gets cold when i'm cold..
Your heart that used to be strong,
becomes sensitive when i'm hurt..

Take my hands silently,
hold me silently..
I'm only wishing for such little comforts..
You don't know my heart,
that wanted to do more just for you..

Call out my heart, 
free my soul..
It always felt like the first time..
These remaining days are more than the time
that I came to love you..

When my greedy heart
gradually looks to other directions..
When my greeds grow more than my mind can handle,
I know all those reasons that clearly says
that you are here..

Its the only one,
I'm always thankful..
I could do better as you..

You know, 
I'm a little bit shy sometimes..
You don't know but you're burning like the sun..
Please understand my heart..

Even those girls that appears on TV shows are sparkling,
You're always be the one in my eyes..
I'm going crazy crazy Baby..
Hearing you tell me 'I love you',
I have everything in this world..
You and I look so fine..
Is there even anyone like you?

I love you,
Please know it,
that to me there's only you..
that I foolishly see you as my everything..

We came on the same road..
We are just like each other..
How surprising..
How thankful..
It's just love..

There's no one like you..
Even if I look around it's just like that..^_^


            



Saturday, May 7, 2011

Unstoppable~ Can it stopped??

Dah berjam-jam study pasal fish genetic, hati aku terdetik pulak nak tengok movie yang kawan aku dah bagi beberapa hari yang lepas. Aku just nak ambil klip-klip pasal 2pm je, tapi kawan aku ni semangat pulak nak bagi aku tengok movie ni. At first, aku tak endah je movie ni. But, at last aku tengok jugak lah. Sebab tak ada movie baru lagi kat dalam laptop  ni. Tapi, tak menyesal aku tengok! Memang BEST sangat. 



Movie ni pasal train yang sangat panjang. Pemandu train ni turun dari train tu untuk betulkan sesuatu kat railway. Tapi dia tak dapat naik train tu balik. So, train tu bergerak tanpa pemandu. Yang lebih teruk lagi, air-brake untuk train tu terputus dan train tu bergerak dalam kelajuan yang maksimum. Frank dan Will adalah hero-hero yang berusaha untuk menghentikan train tu. Memang banyak lah action dalam movie ni dan aku rasa macam tengok perlawanan bola sepak pulak. Perasaan nervous aku melampau-lampau! huhu..apa2 pun, cerita ni memang best!!!

 Antara scenes yg aku suka....


Okey lah. setakat itu sahaja untuk hari ini. Sekian terima kasih!! ^_^

Friday, May 6, 2011

This is what CARING is, isn't it??

CARING...
It's very important
It has the power to cure
A salve for pain..

You will feel wanted
A hug, a loving kiss now and then
To show that you care..

Honey, mama loves you..
If you have any fears, come to me..
So what if you slipped, failed?
Don't worry I'm there for you..
Reassurance.
CARING..


That's what CARING is, isn't it??


I love you, mama..
Thank you for being there when I needed you most
Thank you for believing in me, even when I doubted myself
For being the one person I could trust
No matter what, no matter where
But most of all thank you for being you, my mama
A mom I am so proud to claim
I love you..
Now and forever





p/s: HAPPY MOTHERS DAY to all!!!!


Saturday, April 30, 2011

~CINTA~part 4

(Final Exam dah nak habis dah. 2 more papers to go. Hehe..sempat lagi nak update pasal CINTA ni. k...)

     Hari pertama CINTA melangkah ke sekolah baru! Suasana dan persekitaran yang baru. Ayah tidak lagi menghantarnya ke sekolah dengan motosikal. Jarak ke sekolah baru agak jauh. Dia terpaksa menyewa van setiap hari untuk pergi ke sekolah tersebut. 

"CINTA!!"


     KIKO melambai-lambai ke arah CINTA. CINTA tersenyum lantas melangkah ke arah KIKO. 


"Semua pelajar Form 1 kena kumpul kat sini."


     KIKO memberitahu sambil matanya tidak kelip-kelip memandang sekeliling. CINTA mengangguk. Dia juga terjenguk-jenguk ke kiri dan ke kanan.


"RIKA mana?"


     CINTA bertanya, antara dengar atau tidak.


"Hah? RIKA? Ko tak tahu ke? RIKA kan dapat tawaran asrama penuh. Dia tak sama ngan kita."


     Jawab KIKO. CINTA terkejut. Namun riak wajahnya segera disembunyikan. Keputusan UPSR CINTA sama sahaja dengan RIKA, tapi RIKA lebih bernasib baik. Mak kata, pasti ada hikmah di sebalik semua ini.

"Semua pelajar baru masuk dalam dewan sekarang!"

     Arah beberapa pelajar senior. Pasti mereka antara pelajar-pelajar yang akan mengendalikan orientasi untuk pelajar-pelajar baru.


.............................................................................................................................................................


     Setelah seminggu, berakhir juga orientasi yang sangat memenatkan bagi CINTA. 


"CINTA, KIKO! Jom rehat sekali ngan kami."


     Ajak LISA, ARNI dan ALYN. Mereka boleh dikatakan antara pelajar-pelajar yang sangat menyerlah semasa orientasi. Mereka bukan sahaja petah berkata-kata tetapi juga pandai mengambil hati orang lain dengan berlagak comel dan manja. 


     CINTA dan KIKO saling berpandangan. Walaupun agak keberatan, tetapi akhirnya mereka menurut juga. Beberapa hari kemudian, mereka berlima sering kelihatan bersama-sama ke mana sahaja. Mereka menjadi teman baik yang tidak mungkin boleh dipisahkan. 


"Cuba korang tengok tu! Handsomenya muka dia. Korang kenal tak? Yang pengawas tu."


     LISA menunjuk ke arah sekumpulan pelajar lelaki yang sedang berjalan ke arah mereka.


"Abang ARIE? Mestilah kenal. Kelas 2A."


     ARNI menjawab. 


"Habis yang lain-lain tu sama kelas dengan dia jugak la?"


     KIKO pula menyampuk. ARNI mengangguk.


"Wah...handsome-handsome lah semuanya. Tapi Abang ARIE aku punya!"


     LISA berangan.ARNI dan KIKO juga masing-masing membuat pilihan. CINTA dan ALYN saling berbalas pandang sambil mengangkat bahu. Mereka malas mahu menyampuk. Mereka sibuk menghabiskan nasi lemak yang dibeli tadi. 

..............................................................................................................................................................


"CINTA! Ada surat untuk ko."

     Semua rakan-rakan sekelas mereka memandang ke arah KIKO.  Mereka mula mengusik-usik CINTA. Muka CINTA merah menahan malu.


"Oppss..sorry!"


    KIKO meminta maaf. CINTA mengambil surat di tangan KIKO. LISA, ALYN dan ARNI juga turut datang ke meja CINTA untuk sama-sama membacanya.


"Eh, dari Abang SYADAN la! Kawan Abang ARIE ni."


     ARNI bersuara. LISA lantas merampas surat tersebut dari tangan CINTA. 

"Dia nak ko jadi adik angkat dia lah!" 


     Beritahu LISA. CINTA menggeleng. Kalau boleh, dia tidak mahu perkara-perkara seperti ini terjadi kepadanya. Dia tidak suka menjadi tumpuan seperti ini. Biarlah dia langsung tidak dipandang oleh mana-mana lelaki.


"Adik angkat? Macamlah dia tak ada adik." 


     Ujar CINTA. ALYN lantas bertanya.


"Habis, macam mana sekarang?"

"Tak payah balas. Biarkan je."


     CINTA sudah membuat keputusan.


"Ala...janganlah macam ni, CINTA. Abang SYADAN tu ok lah. Kesian dia." 


     ARNI cuba memujuk. CINTA tetap berkeras tidak mahu membalas surat tersebut. LISA mengisyaratkan sesuatu pada ARNI.


"OK lah. Kalau ko tak mahu, tak apalah. Jom kita duduk."


     LISA, ARNI dan ALYN kembali duduk di meja mereka masing-masing.


"Kenapa CINTA? Bukannya apa pun. Adik angkat je."


     KIKO hairan.


"Aku tak suka lah."


"Atau ko masih ingat kat FIQAR?"


     KIKO menduga. CINTA terkesima seketika. Sudah lama nama itu tidak didengarnya. Sudah lama juga nama itu tidak terlintas di benak hatinya. Memori silam menerjah kembali di kotak fikiran. CINTA memandang KIKO. Dia juga tidak tahu jawapannya.

    


  
 

Monday, April 25, 2011

We meet again!

Finally...after almost 3 years, we met again...accidentally! 
I knew someone was staring at me. But I didn't know it was you!
I kept walking, chatting with my friend...
Suddenly, my friend stop talking. She looked at me.  Then, she looked at you. She could smelt something was going on...
At that moment, I looked at you!
After almost 3 years!! What did you think I felt at that moment?

I was surprised you know! Very much...
My eyes kept staring at you...
I could't stop!
You just smiled...awkwardly.

Then, you looked at someone beside you...
the girl!
She walked away..
To give us chance to talk
I guess I know who she is...

I didn't know what to say..
You started first!
Asking about my life..
after we broke up
is it broke up?? Or missing in action??
Which one? 

I was talking..
I was answering your questions.
But, you know...
I didn't know exactly what I was talking.
I kept talking but my heart beating very fast.

We so awkward..
Finally, you went back to her!
Then, I was left behind again...
Was it our final??
Was it our goodbye??








Sunday, April 24, 2011

butterfly fly away..



 
Love is like a butterfly, hold it too tight and it'll crush, hold it too loose and it'll fly away.......










Monday, April 18, 2011

~CINTA~part 3

(Setelah berkurun lamanya aku x update kisah CINTA, malam ni aku rasa macam nak update plak! hehe..esok sabtu kn. so, x payah brsusah pyh mghadap assignment atau bnda2 yg memenatkan otak tu dulu!^_^) 

     Cikgu Salmi melangkah masuk ke dalam kelas 6A sambil tersenyum riang. Buku-buku dan fail di tangan diletakkan di atas meja. SYAHID selaku ketua kelas memberi salam diikuti oleh rakan-rakannya yang lain. Seperti biasa, doa sebelum belajar dibaca beramai-ramai. Ada yang membaca dengan penuh khusyuk, ada yang membaca sambil senyum-senyum dengan rakan sebelah, ada yang membaca sambil fikiran melayang entah ke mana dan ada juga yang membaca sambil menutup mata, hanyut dibuai mimpi indah.

"Duduk!" 


     Cikgu Salmi mengeluarkan beberapa helai borang daripada fail yang dibawanya.

"UPSR tak lama lagi kan. Jadi, lepas UPSR hidup baru kamu akan bermula di sekolah menengah pulak. Tahu kan?"


"Tahu, Cikgu!"

"Dan lepas ni, kamu semua takkan jumpa Cikgu lagi, tahu kan?" 

"Ala..kami nak Cikgu Salmi jugak!"


     Jawab beberapa murid Cikgu Salmi, jujur. Terharu Cikgu Salmi mendengarnya.


"Tak boleh macam tu. Kamu kena pergi sekolah kat sekolah menengah kat tempat lain. Sebab tu Cikgu nak kamu isi borang ni. Tunjuk kat mak ayah ye"

     SHAHID sebagai ketua kelas ditugaskan untuk mengedarkan borang tersebut kepada rakan-rakan sekelasnya.

"Ko nak masuk sekolah mana?"

    Tanya KIKO menongkat dagu. CINTA mengangkat bahu. Dia juga tidak tahu. Dia memandang RIKA yang duduk di hadapannya. Pandangan mereka bertaut. Namun, RIKA pantas mengalih pandangannya. CINTA kecewa. Sudah seminggu mereka tidak bertegur sapa apatah lagi bergurau senda seperti selalu.


"Aku dengar FIQAR nak sambung sekolah kat Pahang. Jauh kan?" 


     CINTA terkesima. RIKA juga terkesima. Mereka sama-sama memandang KIKO. 


"Ko tau dari mana?"


     RIKA bertanya. KIKO menggaru kepalanya yang tidak gatal.


"SHAHID bagitahu."


     CINTA cuma diam. Dia mengalih pandang ke arah FIQAR sekilas. FIQAR sedang sibuk mengisi maklumat ke dalam borang yang baru sahaja diedarkan. 


"Ya...memang jauh." 


     Perlahan sahaja CINTA bersuara. Nada sedih cuba dikawal.
.........................................................................................................................................................


"Kalau nak masuk sekolah asrama penuh, kena dapat keputusan yang bagus. Kena rajin belajar, tau?"


     Ujar Mak yang sedang sibuk melipat baju. CINTA mengangguk.


"Mana-mana sekolah sama saja. Tak dapat asrama penuh pun tak apa. Sekolah sini apa kurangnya. Ramai jugak yang dapat keputusan yang bagus. Yang pentingnya diri kamu tu. Nak belajar atau tidak, itu terpulang pada kamu. Kalau dah berjaya nanti, yang senang diri kamu jugak."


     Ayah bersuara. CINTA hanya mendengar. Itulah Ayah! Kata-katanya sentiasa berbekas di hati CINTA. CINTA kagum dengan Ayah! 

     Mak tersenyum melihat Ayah dan CINTA. Mereka tidak banyak interaksi berbanding ketika CINTA masih kecil. Mereka sering berdiam. Tapi Ayah dan CINTA lebih memahami hati masing-masing. Ayah faham CINTA dan CINTA lebih memahami hati Ayah.



Monday, April 11, 2011

~Hidup ini~

hidup adalah sebuah perjalanan mencari kebahagiaan
dan sekaligus kehilangan kebahagiaan yang lain...

hidup adalah menentukan pilihan atau
tidak memiliki pilihan sama sekali...

begitulah aku belajar tentang hidup,
tentang cinta,
tentang berani menghadapi dan berani melepaskan...

dari sebuah perjalanan yang menjadikan
matahari, bulan, bintang
langit, awan dan hujan
 tak akan pernah sama lagi...



p/s: sedih:(

Thursday, April 7, 2011

~FYP~

CHARACTERIZATION AND IDENTIFICATION OF ANTIBIOTIC PRODUCING BACTERIA IN MANGROVE ECOSYSTEM IN SABAH
 Guess what????? That is my title for my FINAL YEAR PROJECT a.k.a FYP!! Hidup aku dah huru-hara sekarang.  Kejap ke library, kejap jumpa supervisor, kejap cari journal, kejap p kelas, kejap p jaga ikan! huhuhu..bila nak update blog ni????

Anyway...aku dh update kn?? k....siap! hehe^_^

Thursday, March 31, 2011

~CINTA~ part 2

"Dah besar nanti, CINTA nak jadi apa?"

            Tanya Ayah sambil duduk bersila di ruang tamu. CINTA yang sedang menyiapkan kerja rumahnya menoleh seketika. Bukannya dia tidak pernah disoal seperti itu. Tapi setiap kali Ayah bertanya, jawapannya tetap sama.

"Doktor"

            Ayah diam. CINTA juga diam. Ayah seperti tahu apa yang sedang bermain di fikiran CINTA. CINTA sebenarnya tidak tahu jawapan tepat untuk jawapan itu. ADIL dan AIDIL serentak menoleh ke arah CINTA. 

"Kalau akak jadi doktor nanti, bolehlah tolong sembuhkan KASIH kan?"

            Mak dan Ayah tersentak mendengar kata-kata AIDIL. Mereka menoleh ke arah KASIH yang sedang nyenyak tidur di atas tilam tidak jauh dari tempat mereka duduk. Sayu hati Mak dan Ayah melihat KASIH yang cukup sempurna di mata mereka, tapi tidak di mata orang lain. Dalam diam, CINTA turut sayu. Di usia 12 tahun, dia cukup mengerti.

.....................................................................................................................................................................

"Prrtttttttttttttttttttttttt!!!!!!!!!!!!!!"

               Wisel berbunyi di sana-sini. Pelbagai acara diadakan serentak di atas padang sekolah yang sama. Seperti biasa, CINTA akan menyertai pertandingan bola jaring. Dia bersama beberapa lagi murid kelas 6A sedang melawan wakil kelas 6B di peringkat akhir. CINTA yang bertindak sebagai 'centre' merupakan orang paling penting dalam pasukannya. 


"CINTA! Pass bola kat aku!" 


                 Jerit RIKA. CINTA langsung tidak menoleh. Dia dapat melihat KIKO yang bertindak sebagai 'GS' berpeluang untuk menjaringkan gol. CINTA lantas membaling bola ke arah KIKO. KIKO menyambut dengan sempurna. KIKO tidak bermasalah untuk menjaringkan gol.


"GOL!!"

              Para penonton yang menyaksikan perlawanan itu bersorak. CINTA mencari kelibat FIQAR. FIQAR sedang bersorak bersama rakan-rakan sekelasnya yang lain. CINTA tersenyum bangga.

"Puas lah ko dapat jadi wira!"


              RIKA menolak bahu CINTA daripada belakang. CINTA menoleh kebingungan.


"Kenapa ni, RIKA?"


"Jangan pura-pura bingung lah! Aku yang paling dekat dengan KIKO tadi. Aku 'GA'. Kalau ko pass bola dengan aku, aku boleh senang-senang pass dengan KIKO. Kalau tak pun, aku boleh shoot sendiri!"


             RIKA benar-benar marah. Baginya CINTA sangat mementingkan diri sendiri. 


"RIKA! CINTA! Kenapa tu?"


            Jerit Cikgu Salmi dari tepi gelanggang. RIKA melangkah meninggalkan CINTA untuk menyambung permainan. CINTA memandang Cikgu Salmi. Cikgu Salmi cuba meminta penjelasan. CINTA pantas menggeleng. Dia lari ke tengah gelanggang. Perasaannya bercampur-baur ketika itu. Tumpuannya sedikit terjejas. 

            Bola ditangan CINTA dirampas oleh pihak lawan. Namun, RIKA lantas bertindak! Bola dirampas kembali. CINTA hanya mampu melihat RIKA membaling bola ke arah salah seorang rakan mereka. RIKA belari masuk ke kawasan gol dan mendapat bola lantas menjaringkan gol untuk pasukan mereka.  Penonton bersorak lagi. RIKA tersenyum sinis ke arahnya. CINTA terpana. Kenapa RIKA sanggup bertindak sebegitu terhadapnya?

"CINTA! Kenapa tercegat kat situ? Cuba rampas bola tu. Cepat!"


           Arah Cikgu Salmi. CINTA tersentak. Dia lantas mengejar pihak lawan yang sedang membawa bola. Di saat pemain tersebut ingin membaling bola kepada rakannya, CINTA sempat merampas bola tersebut. Penyokong mereka bersorak riang. CINTA bertekad! Bola tersebut harus sampai ke tangan RIKA ataupun KIKO. 

          Dia melihat KIKO sedang meminta bola. Tapi  kedudukan KIKO terlalu jauh. daripadanya. CINTA membaling bola kepada salah seorang rakan  mereka yang tidak dikawal. CINTA berlari mengahampiri kawasan gol. 

           Tetapi tiba-tiba tubuhnya seperti sedang melayang di udara. Kakinya disekat ketika sedang berlari. Lutut dan tapak tangannya terasa sakit. CINTA mengaduh kesakitan. 


"Maaf CINTA! Aku tak sengaja!"


           RIKA memandangnya dengan penuh rasa kesal. Rakan-rakan mereka termasuk pasukan lawan yang berada di gelanggang datang menghampiri CINTA. CINTA memandang RIKA dengan penuh curiga. CINTA terpaksa dikeluarkan dan ditukar dengan pemain  lain. RIKA sempat tersenyum sinis memandang CINTA dipapah keluar dari gelanggang. Matlamatnya tercapai!


           CINTA melihat sahaja rakan-rakannya bermain bersungguh-sungguh di gelanggang. Pasukan mereka di hadapan, 19-12. RIKA memang pemain yang hebat. Dia menjaringkan hampir semua gol selepas CINTA dikeluarkan. 


"Nah!" 


          Sekotak air Ribena dihulurkan. CINTA mendongak. FIQAR! Cinta menjadi tidak keruan. Dia cuba berlagak tenang. Air yang dihulurkan disambut perlahan-lahan.


"Lain kali kalau lari hati-hati sikit. Jangan sampai jatuh!"


         Ujar FIQAR lantas berlalu pergi. CINTA diam membisu. Dilihatnya FIQAR kembali bersorak bersama rakan-rakan sekelas mereka yang lain. CINTA memandang ke arah air kotak di tangannya. Kemudian melihat kembali ke arah FIQAR. Beberapa detik kemudian, FIQAR turut beralih memandangnya.


BERSAMBUNG....


















Sunday, March 27, 2011

~CINTA~part 1

            CINTA menggapai beg sekolah yang tersangkut di tepi dinding biliknya. Tudung yang melitupi kepalanya dibetulkan lagi. Bedak yang masih bertompok di atas kening dan dagunya di sapu dengan jari agar kelihatan sekata dengan rona kulitnya yang putih melepak. Perlahan-lahan dia melangkah agar adiknya yang masih tidur di atas buaian tidak terjaga. Tiba-tiba Mak menjengah ke ruang tamu.

"CINTA, pergi sarapan dulu."

"Tak nak lah, mak. Tak selera lah nak makan pagi-pagi buta ni."
            
"Makan dulu. Tak baik tak sarapan tau. Sarapan tu penting. Macam mana pelajaran nak masuk kalau perut kosong macam tu?"


            CINTA mengalah. Dia melangkah ke dapur. Beg yang disandang diletakkan di tepi pintu, antara ruang tamu dan dapur. Sedikit sahaja nasi goreng diletakkan di atas pinggan. Baru sahaja dia ingin menyuap nasi ke dalam mulut, adik-adiknya, ADIL dan AIDIL, menjengah ke dapur. ADIL, anak ke-2 cepat-cepat mengaut nasi ke dalam pinggan.

"ADIL, pelan-pelan lah makan tu! Kalau tercekik nanti siapa susah?"

            Tegur CINTA. Adiknya itu memang kuat makan. Tidak kiralah sarapan, makan tengah hari, petang atau malam. Seleranya tetap sama. AIDIL, anak yang ke-3 pula masih sibuk membetul-betulkan rambutnya yang sudah tampak basah dek terlalu banyak gel. CINTA menggeleng. Ayah  pula muncul dari belakang rumah, baru lepas memberi makanan untuk ayam-ayam peliharaannya. Selepas membasuh tangan bersih-bersih, Ayah menuang air teh ke dalam cawan.

"Cepat sikit. Nanti Ayah hantar pakai motor"

"Tapi Ayah...hari ni CINTA nak jalan kaki ngan kawan-kawan."

             Ayah diam. Ayah langsung tidak berpaling ke arah CINTA. Kunci motor yang tergantung di tepi pintu lantas Ayah capai.

"Selagi Ayah mampu hantar, biar Ayah hantar. Bila Ayah dah tak ada nanti, CINTA pergi lah macam mana pun, Ayah tak kisah."

             Mendatar sahaja nada suara Ayah. Tapi kata-kata itu menusuk terus ke kalbu CINTA. Dia tidak faham. Dia tidak pernah faham dengan Ayah! Kawan-kawan yang lain dapat bersuka-ria, ketawa bersama, berjalan bersama ke sekolah. Tapi, dia? Hidupnya hanya berkisar di antara sekolah dan rumah. 

             Bekal makanan dan air dimasukkan ke dalam beg. Bekal-bekal untuk adiknya juga dimasukkan ke dalam beg mereka berdua. Selepas mencium tangan Mak, mereka bertiga dihantar ke sekolah dengan motor usang Ayah. 

            Tangan Ayah dicium lantas mereka bertiga melangkah ke bilik darjah masing-masing. Ayah memandang dari jauh. Ayah sentiasa begitu. Dia tidak senyum. Tidak juga melambaikan tangan. Sedangkan anak-anak lain dikucup dahi mereka, diusap kepala mereka, tapi CINTA, ADIL dan AIDIL? Ayah hanya memandang dari jauh. Pandangan Ayah tetap sama. Sama macam hari-hari lain. Anak-anak itulah yang akan mengubah nasib keluarga nanti. Merekalah harapan Ayah dan Mak. 

             CINTA menoleh ke belakang. Ayah masih di situ. Belum sempat CINTA melambaikan tangan, Ayah sudah menghidupkan kembali enjin motor. Motor ditunggang keluar dari pintu pagar sekolah. CINTA mengeluh. Tiba-tiba muncul RIKA dan KOKO di muka pintu bilik darjah 6 A. 
"CINTA! Apesal ko tak jalan kaki sekali ngan kitorang tadi? Kan dah janji semalam.."

"Ala..Ayah aku tak bagi lah. Dia nak hantar jugak!"

"Ayah kitorang bagi je kitorang jalan kaki. Apesal Ayah ko tak bagi pulak?"

             CINTA terpana. Walaupun dia agak tidak berpuas hati dengan tindakan Ayahnya itu, tapi dia tidak suka Ayahnya diperkatakan seperti itu. Belum sempat dia membalas kata-kata rakannya itu, satu suaranya menegurnya dari belakang.

"CINTA. Saya nak tumpang lalu, boleh?"

              CINTA terpana lagi. Dia tahu empunya suara itu. Dia sangat tahu. Sejak dari darjah 3 lagi, dia selalu termimpikan empunya suara itu. CINTA beranjak ke tepi, memberi laluan kepadanya. CINTA tidak berani memandangnya. Di usia 12 tahun, CINTA sudah kenal erti segan. 

"Korang nampak tak? FIQAR senyum kat aku tadi! Nampak tak?"

             RIKA berbisik. KIKO dan CINTA saling berpandangan. 

"Tapi dia sebut nama CINTA lah. Dia tak sebut nama ko."

            KIKO sengaja mahu merosakkan saat-saat bahagia RIKA. Siapa yang tidak tahu bahawa RIKA sudah lama suka dengan FIQAR. Mungkin FIQAR juga sudah tahu. Tapi buat-buat tidak tahu.

"Ahhh..yang penting dia senyum kat aku!"

            CINTA dan KIKO hanya tersenyum sahaja melihat RIKA yang sudah hanyut dengan perasaan bahagianya. CINTA lantas mengambil tempat duduknya. Di sebelahnya KIKO dan dihadapannya RIKA. 

            Dia terpandang FIQAR yang sedang mengelap tingkap sambil berbual-bual dengan temannya yang juga sama-sama bertugas mengelap tingkap. FIQAR sangat popular di sekolah itu. Pencapaian akademiknya tidak pernah mengecewakan. Penampilannya sentiasa besih dan kemas. Wajahnya sungguh comel, tetapi digelar 'handsome' oleh mereka yang masih baru kenal erti hati dan perasaan.

            Tiba-tiba FIQAR berpaling memandang CINTA. Mungkin dapat merasai dirinya sedang diperhatikan. CINTA cepat-cepat berpaling ke arah lain. Mukanya merah menahan malu. Dia menyumpah-nyumpah dirinya di dalam hati.


BERSAMBUNG....

   



            

Friday, March 25, 2011

~~aku dan drama korea~~

Korean Drama??
What is so special about them??
Even me love to watch them!!
Well...i don't have any answers with me now.
Why don't you all watch and find it yourself??
hehe..
Some good korean dramas here..
Not in order of my favourite...
I randomly uploaded the pics...
Which one is your favourite??? ^_^



AUTUMN IN MY HEART
lama dah drama ni..
My first korean drama!
Favourite actor aku: Won Bin<3
Aku suka part hero ngan heroin kecik2 lg...
cute sangat!









WINTER SONATA
ramai orang suka drama ni
tapi aku pun xtau kenapa aku x bleh nak suka drama ni..hehe.
tapi orang cakap drama ni memang sedih sgt2..








MY GIRL
dah tengok banyak kali pun aku still tak boring ngan drama ni
Lee Dongwook n Lee Dahae = the pefect couple ever!!!


GREEN ROSE
Lee Da Hae is so beautiful..












LOVE STORY IN HARVARD
drama ni best sgt2!
Funny and romantic as well..
Kim Tae Hee is so beautiful<3

















SASSY GIRL
hero n heroin sama2 cute..
i just love both of them!












WITCH YOO HEE
character Han Ga In dalam drama ni memang betul2 macam witch la..tp character hero betul2 funny! memang padan sgt lah! hahaha..















WHICH STAR ARE YOU FROM
great story, great actor and actress!
heroin cute sgt2!
innocent and comel!!
lelaki tu pun bleh tahan handsome jugak lah..hehe









COUPLE OR TROUBLE
drama ni memang lawak gila2!
heroin tu arrogant sgt2! 
aku paling suka part dia puji diri sendiri..haha
kucing dia pun cute..PRINCESSS~~















FULL HOUSE
cute drama
Rain is very cute!
Love his smiley eyes<3
















LET'S GO TO THE BEACH
great and cute couple
i can't stop screaming watching them acting cute to each other..
romantic sometime!






MY LOVELY SAM SOON
great story wlupun aku x suka sgt hero n heroin..(sorry..)
tp aku suka 2nd hero n heroin..hehe











COFFEE PRINCE
Yoon Eunhye the best!
great story...













CINDERELLA SISTER
first time tengok Moon Geun Young dpt watak serius
menyampah tengok adik tiri dlm ni
org x syg dia, dia pksa jugak smua org syg dia..
desperate kn??? huhu














PRINCESS HOUR
Yoon Eunhye lg..
best n cute drama
tiba2 dpt kahwin ngan prince..
best kn?? hehe













YOU'RE BEAUTIFUL
suka drama ni!
suka Jeremy!!!
hehe...Jeremy je yg bleh buat aku menangis dalam drama ni.
Love<3










DREAM HIGH
perfect actors, perfect script, perfect songs!!!
my funniest, cutest WOOYOUNG is in here!!!
banyak pengajaran yg bleh kta dpt dlm drama ni..
frindship, love, trust, respect, family bond and determination to fulfill your dream!










PLAYFULL KISS
cute actors and actress
look at the heroin! she looks like Yoon Eunhye..:) very cute
the hero is a perfect guy. but, the heroin is not good at any thing! that makes them compatible..










There are a lot more dramas..
But, i'm tired already..huhu
Till next time!!!!!!!!^_^