Thursday, November 25, 2010

harga sebuah pengorbanan

Aidiladha baru sahaja meninggalkan kita...
Syukurlah kita masih dipanjangkan usia hingga ke saat ini.
Bila sebut pasal Aidiladha, kita tak akan lupa pada pengorbanan.
Bila sebut pasal pengorbanan, kita tak akan lari dari perasaan yang menggesa kita agar terus bersabar. Pengorbanan itu pasti melukakan hati sesiapa sahaja yang melakukannya. Namun, sedarkah kita disebalik kelukaan dan kesakitan itu terselit hikmah yang telah ditakdirkan untuk kita?

Namun sebagai insan, seteguh mana pun perasaan, sekental mana pun jiwa akan terselit juga kesedihan dan dukacita apabila ujian itu datang bertalu-talu. Apabila kebaikan dibalas dengan keburukan. Apabila keikhlasan dibalas dengan kesombongan dan hasad dengki.

Hari ini, kesabaranku diuji lagi. Walaupun ujian itu tidak sekuat mana, namun terdetik juga perasaan luka di hatiku. Terguris juga perasaan halusku. Untuk meluah rasa dan untuk difahami isi hatiku, aku sengaja mengatakannya dengan seorang rakanku.
Aku berkata, "susahkan jadi orang baik ni? ramai orang tak suka"
Rakanku menjawab, "bukannya orang tak suka. Tapi orang baik ni senang dipijak. So, perasaan pentingkan diri sendiri tu kadang-kadang perlu ada jugak bila diperlukan."

Hmmmmmm......


Allah tetap akan memandang hamba-hamba yang sabar itu lebih dari segalanya. Allah akan tetap memandang dengan pandangan yang penuh kasih sayang melalui pandangan rahmat-Nya. Malah, para malaikat juga akan turut mendoakan hamba yang sabar, Insyaallah.

Percaya dan yakinlah dengan Allah. Sesungguhnya Allah tidak akan menimpakan sesuatu cubaan kepada kita melainkan kita mampu untuk menanggungnya. Allah tidak zalim untuk menyeksa kita dengan ujian yang Allah memang tahu kita tidak mampu untuk memikul ujian itu. Cuba renungkan kembali, atas dasar apa kita dilahirkan ke dunia dan apa niat kita di atas muka bumi ini.

Dengan sifat yang sabar, kita boleh menjadi seperti seteguhnya karang yang ada di laut. Tidak akan goyah walau dihempas badai yang melanda. Kita tetap akan menjadi lemah-lembut sepertimana rumput akur dengan belaian angin, tetapi kita tidak akan luruh dan tumbang akibat ditampar dengan ribut taufan yang sengaja datang untuk menyapa kekuatan SABAR yang kita ada.


Renung-renungkan.....

Saturday, November 20, 2010

was it true?

Several years ago...
You left me without saying anything
Without confirming anything about everything
What was there in your mind?
What was there in your heart?
Was it me?
I kept wondering
Was it true?
People kept telling me the same thing
Was it true?
But, still..
You left me
Without confirming anything about everything

Now...
All of sudden
You came back
After I already moved on
After your name not in my heart anymore
After I close my heart from anyone
Because of you

You say such a beautiful word
You say such a sweet confession
But..
What do you expect from me?
After several years I kept wondering
Do you think I will accept you that easy?

Yes
I am not a sweet talker
I will not saying what lies in my heart
I am scared
I am scared to death!
What if you lied to me?
What if everything is just a lie?

But..
Don't you want to know?
Don't you want to know who was there in my heart?
You keep talking, telling about your feeling
Why you never ask about my feeling though?

Then..
You left again
After my cold response
After I was not answering your heart
What is it now?
Are you trying to tell me to wait for you
Again?
Yes
I know
I am the one that makes thing difficult
I was not saying what lies in my heart
I know
But, still..
Where are you now?
How could you left me?
Again?
Will you wait for me?
For my answer?
I think...I miss you
I don't know!
I am confuse
I don't even know my own feeling
For all those things
I am sorry

p/s: I am not a sweet talker..SORRY






Sunday, November 14, 2010

fall in love

‎"Ever wondered why we say 'fall in love'? Why not 'sleep in love', or 'rest in love', or 'walk in love'?

It's because 'fall' is something that we
don't plan.. We plan to walk, to sleep or rest..but not fall.. That's life..and that's love..:)"


p/s: blogger still in 'love' mood........hehehe

Kalau aku jatuh cinta

Bila anda mula merasakan cinta? Dulu, sekarang atau baru sahaja sebelum membaca entri ini? Boleh jadi jawapan anda bermacam-macam kerana jatuh cinta banyak ceritanya. Siapapun di atas muka bumi Allah ini, tidak terkecuali sangat berpotensi terkena sengatan cinta. Sebuah getaran rasa yang menandakan rasa suka, rasa ingin selalu dekat, rasa ingin selalu diperhatikan dan rasa ingin berkorban membahagiakan pasangannya.


Sebelum jatuh cinta
Ya Allah…Ya Rahman…Ya Rahim…
Allah Rabbi aku minta izin
Bila suatu saat aku jatuh cinta
Jangan biarkan cintaku untuk-Mu berkurang
Hingga membuatkanku lalai akan adanya Engkau


Allahu Rabbi aku punya pinta
Bila suatu saat aku jatuh cinta
Penuhilah hatiku dengan bilangan cinta-Mu yang tidak terbatas
Biar rasaku pada-Mu tetap utuh

Allah Rabbi
Izinkan bila suatu saat aku jatuh hati
Pertemukanlah kami
Berikanlah kami kesempatan untuk lebih mendekati cinta-Mu

Allah Rabbi
Pintaku yang terakhir
Seandainya aku jatuh hati
Jangan pernah kau palingkan wajah-Mu dariku
Anugerahkanlah aku cinta-Mu
Cinta yang tak pernah pupus oleh waktu.
Setelah jatuh cinta
Ya Allah, kalau dia jodohku, maka dekatkanlah, berikanlah kami jalan untuk bersatu.. Tapi kalau bukan, berikan aku keikhlasan untuk melepasnya dan keikhlasan untuk melihatnya berbahagia dengan orang lain.. Berikan aku jodoh yang terbaik menurutMu untukku.. Amiin

Dia bukan jodohku

Kenangan kadangkala menjadi tetamu. Tetamu tidak diundang.
Bertandang dalam sedar, antara tangis gembira dan ketawa duka antara membenci dan menyukainya.

Kenangan bukan api yang boleh dipadamkan dengan menjirus air dan menyembur busa, atau apa sahaja alat pemadaman.
Ia bisa bertandang kembali pada detik-detik kemudian.

Sekadar perkongsian

Some people says:

Mereka sanggup melayan dosa bercouple begitu… mereka sudah lupakah janji Allah bahawa jodoh dan pertemuan sudah diatur-Nya? Mengapa mesti melayan dosa?

Kenapa mesti bercinta semasa belajar, bukankah jodoh dan pertemuan telah Allah tentukan!

Tetapi

Menolak cinta yang bergelumang dosa adalah sama sekali tidak bermaksud yang persoalan jodoh boleh dipisahkan dari usaha. Ia bertentangan dengan sunnatullah yang menuntut kita mengambil sebab musabab dalam kehidupan. Bagaimana kalau ayat tersebut digantikan dengan persoalan makan?

“Kenapa mesti mencuri untuk mencari rezeki, bukankah makan dan minum kita telah Allah tentukan?”, ayat ganti dalam skop yang sama.

Mampukah seorang manusia yang waras percaya bahawa perbuatan mencuri untuk mencari makan, adalah kesalahan yang mesti dihentikan dan gantiannya ialah menunggu sahaja beras ajaib menjadi nasi, ikan di laut berenang ke pinggan, dan tangan menyuap tanpa usaha!

Sudah tentu perbuatan berdua-duaan tanpa ikatan perkahwinan, yang sudah menjadi kelaziman yang menggila di kalangan masyarakat kampus adalah perbuatan yang salah dan harus diperbetulkan. Namun menolak itu tidak bermaksud yang seorang siswa dan siswi boleh duduk bertimpuh bertahajjud di atas sejadah merayu kepada Allah agar beroleh jodoh tanpa sebarang usaha ke arah mendapatkannya.

 

Teguklah madu-madu cinta dengan berlandaskan syariat Islam. Jadikanlah hati-hati yang diselubungi cinta indah di dada tanpa mengurangkan  rasa cinta padaMu ya Rabbi......

Till then...
salam sayang~~

Saturday, November 13, 2010

music box

Dimulakan dengan Bismillah...
Disudahi dengan Alhamdulillah..
Begitulah sehari dalam hidup kita..
Mudah-mudahan dirahmati Allah..

betul ke lirik lagu nasyeed aku ni?? Ni lagu yang aku paling suka nyanyi time kecik2 dulu. hehehe..anyway, entri ni bukan pasal lirik lagu ye..aku nak cerita pasal satu benda yang aku suka sangat time kecik2 dulu. Benda tersebut adalah...MUSIC BOX!




  music box aku dulu taklah secantik ni..simple2 je. bentuk love, brown colour. gambar ni hiasan semata-mata..^^

Aku pun tak tahu macam mana time aku sekolah rendah dulu music box ni popular sangat. Macam tercipta satu fenomena lah! Tapi aku tak pasti lah time tu aku darjah berapa. Darjah 5 atau 6 lah rasanya. Hampir semua kawan-kawan aku ada music box ni! Kalau tak ada music box memang malu tahap dewa lah. Aku lah antara insan yang tak bertuah tu. huhu..

Actually, sesiapa yang ada music box time tu bermaksud diri beliau telah mempunyai boyfriend. Biasanya boyfriend akan bagi music box kat girlfriend. Ditegaskan sekali lagi ya..time tu aku baru darjah 5 atau 6! Umur baru 11 atau 12 tahun. Hmm..persepsi budak2 zaman dulu. Nak tergelak pulak aku ingat..hahaha

Nak dijadikan cerita, time tu aku tak ada boyfriend. Buat apa nak ada boyfriend? Kacau kite nak study je..kite nak jadi budak pandai tau. Mak kite pesan jangan cari boyfriend kat sekolah. Cari ilmu! hahahaha...(ber'kite' pulak!) So, disebabkan aku tak ada boyfriend, kawan-kawan aku yang kepoh2 terlebih tu tunjuklah diorang punya music box kat aku. Aku dengan muka cool dan acuh tak acuh lantas meninggalkan mereka tanpa menoleh ke belakang. Sampai sahaja dirumah, aku berlari ke arah mak.

"Mak! Orang tak kira. Orang nak music box jugak! Music box! Music box!"

Lebih kurang macam tu lah aku 'slow talk' ngan mak aku. hehe..Setelah melihat aku menangis tak henti-henti, lembut jugak hati mak aku. Maka aku pun dikurniakan sebuah kotak muzik yang berbentuk hati dan berwarna coklat. (aku pun tak ingat sangat..tapi lebih kurang macam tu lah)

Tapi aku rasa jangka hayat music box aku tu tak sampai 3 bulan kot. Sebab, aku letak music box tu sebelah bantal aku sebelum tidur untuk merapatkan lagi hubungan kami. Tapi, malangnya..aku sangat suka bertinju time tidur. hahahaha..time kecik je lah! sekarang tak..^_^ Plus bila bateri habis, mak aku malas nak beli baru. huhuhu..maka tamatlah riwayat MUSIC BOX pretty honey yang sangat berjasa itu.

Finally, sampai sudah kita di hujung siaran..
Selamat tinggal dan selamat berjumpa lagi...
SELAMATTTT....(macam familiar pulak!)

Thursday, November 11, 2010

i miss swimming

Selepas aku tidur dengan perasaan menyesal dan masih mengutuk-ngutuk soalan exam semalam, hari ini aku bangun dengan perasaan baru. Perasaan tak puas hati dengan exam semalam dah kurang. Aku dah redha sikit-sikit. Tak apalah. I still have a long way to go. Aku kena belajar dari kesilapan kan..

Tapi, peliklah! Pagi-pagi ni kaki aku rasa gata-gatal pulak. Hmm..ni memang tak ada yang lain. Aku memang rindu nak pergi SWIMMING ni. huhuhu...yup! I like swimming. No! I LOVE swimming. Perasaan ketika berada di dalam  air sambil mengapungkan diri memang tak dapat kugambarkan dengan tulisan di dalam blog ini.


Teringat pulak time first time aku ambil kelas swimming ni. Memang kenangan tu tak bleh lupa lah! Aku study Aquaculture. So, semua student Aquaculture kena tahu berenang. Dan akulah antara student yang tak reti langsung berenang. Dulu, parents aku suruh belajar berenang pun aku tak mahu. Tapi ni dah terpaksa kan..aku redha je lah.

First time masukkan kepala dalam air. Memang sangat menyeramkan bagi aku. Susah nak kawal nafas. Aku cepat-cepat keluarkan kepala dari air. Tak sampai beberapa saat kot! huhu..jurulatih tu memang dah bengang ngan aku. Kawan-kawan aku yang lain boleh je buat. Coach aku time tu, Richard, tekan kepala aku masuk dalam air. Aku dah struggle ni. Nasib baik aku pakai goggles. Boleh lah aku buka mata.

 "Head completely in the water!"

Dia jerit kat kami semua. Sebab ada yang masukkan sikit je dalam air, termasuk aku. Dah orang takut kan, nak buat macam mana? Lepas tu kami belajar kicking pulak. Time tu aku dah boleh masukkan kepala dalam air dan angkatlah kepala kejap kalu nak ambil nafas.

Aku memang a weak learner lah bab2 macam ni! Aku susah pulak nak apungkan diri. Aku bukan terlebih berat ok. I'm just 45kg. Tapi memang aku tak tahu nak buat macam mana. Rasa macam nak menangis pun ada. Dalam hati, aku memang dah ingat Ayah aku.
"I want Daddy!"

Tapi, kesengsaraan dan penderitaanku itu berbaloi. Sekarang I am quite a good swimmer..(ceh..) Aku boleh masuk competition lagi untuk freestyle category. Tapi competetion tu antara student2 yang ikut swimming class tu je lah. Nak masuk competiton yang grand2 memang out lah! huhuhu...

Hmm..dalam masa terdekat ni tak dapat lah aku melepaskan rinduku untuk pergi swimming. Kawan-kawan pun tengah busy study. Aku pun busy study (ye ke study?). So, kena tunggu exam habis dululah. hehe..

 aku pernah terjun dari tingkat yg 2nd highest tu! memang sangat seram i tell u. rasa macam bunuh diri pun ada. tak sangka aku berani buat macam tu. terpaksa sebab nak dapat markah. huhu

Wednesday, November 10, 2010

benda paling annoying

Aku baru habis jawab exam tadi..first paper aku untuk final exam sem 3 ni! Aku bleh kira study agak hard jugak lah. Tapi, memang sangat meng'annoying'kan aku bila benda yang aku study tu tak masuk dalam exam. Benda yang aku agak-agak ingat tapi tak berapa nak ingat tu pulak yang keluar!
Huh!!!! Memang sangat lah meng'annoying'kan hati dan perasaan aku ni..then, apa lagi? Memandangkan sikit-sikit je yang aku ingat, maka terjadilah peristiwa dimana pen aku menari-nari di atas kertas sambil mengikut arahan otak aku yang berimaginasi mengenangkan lautan serta makhluk-makhluk ciptaan Allah yang ada di dalamnya...huhuhu

Aku peliklah exam ni! Exam ni untuk nilai apa sebenarnya?

1) Menilai student mana yang dapat spot soalan dengan baik tapi study benda tu je lah, benda lain bukannya diorang study pun. Kalau memang soalan tu yang keluar, confirm2 lah diorang dapat A...tapi, student ni main teka2 je. Macam lucky draw je pun..tapi tak berusaha sungguh-sungguh.

2) Ataupun menilai student yang memang study bersungguh-sungguh. Cuma time exam, soalan tu pusing-pusing sikit. And student ni tak suka spot-spot soalan sebab chapter2 lain pun penting jugak! Bila dah banyak ni kadang-kadang bila exam ter'confuse' kejap. Tapi, student ni betul2 bersungguh-sungguh study..susahlah aku nak explain..

Pihak penilai nak student yang mana satu? Yang 1 ke 2?

Memang confirmlah aku masuk kategori makhluk-makhluk Tuhan yang ke 2 tu..sayang kan? Kita dah study penat-penat, banyak chapter tu! Tapi sikit je soalan yang kena soal..so, ilmu2 yang tak keluar untuk exam tu macam mana? Kesian lah kat ilmu2 tu. Disimpan di otak tapi tak dapat diterjemahkan di atas kertas...lambat-laut otak ni tak dapat simpan lagi memori tentang ilmu2 tu. Maka hilanglah ia ditelan waktu tanpa jejak dan warisan...adeh! (apakah?) huhu..apa boleh buatlah. Terimalah nasibmu sebagai student. Itu jalan yang telah kau pilih kan, pretty honey??

until then.......Assalamualaikum^_^


ImageChef.com - Custom comment codes for MySpace, Hi5, Friendster and more

k.e.m.a.l.a.s.a.n

Study week aku tinggal 1 hari je..huhuhu
Esok exam!!!!!!
Wawawa...aku tak habis study lagi ni. (sempat pulak buat entri^^)

Esok exam Fish nutrition and Technology
Banyak tak hafal lagi ni!
K.e.m.a.l.a.s.a.n aku dah memakan diriku sendiri. (ayat...baik punya!)
Inilah akibatnya kalau terlalu memuja study last minute..
Menyesal pun tak guna lagi. Hidup kena diteruskan. Study tetap study. Exam tetap exam. Jap! Nak cek dulu...

1) Slip exam dh print.
2) Kad matrik dan ic ada.
3) Pen 4 batang. (2 pen hitam, 2 pen biru...u marah, i luv u...apakah?)
4) Pensil mekanikal sebatang, pensil stabilo sebatang. (cukuplah!)
5) Lead untuk pensil mekanikal.
6) Pemadam sebijik.
7) Pembaris sebatang.
8) Kalkulator. (yang dah ditanggalkan covernya)

Hmm...dah cukup kan???
Cukuplah!
Ambil getah sayur tu. IKAT semuanya..hahaha
opppsss..exam slip jangan ikat sekali! Kalau rosak macam mana? Habislah kakak pengawas ko suruh print yang lain! hahaha...

k. sambung study balik!^_^
Gudluck to myself!!!!

Tuesday, November 9, 2010

neurologist T.E.S.T

Kepala anda pening akibat assignment atau kerja-kerja yang berlambak?? Atau anda sedang stress kerana menghadapi exam tapi tak habis study lagi?? Atau anda pening dengan karenah anak-anak yang nakal dan tak reti duduk diam?? try this!!
I don't know if this is real or not but at least I passed. LOL

This is a REAL neurological test. Sit comfortably and be calm.
part 1

1- Find the C below. Do not use any cursor help.

OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO
OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO
OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO
OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO
OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO
OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO
OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOCOOOOOOOOOOOOOOO
OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO

OOOOOOOOOOOOOOOOOOOO OO OOOOOOOOOOOOOOOOOOO OOOOOOOOOO
OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO
OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO

2- If you already found the C, now find the 6 below.

9999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999
9999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999
9999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999
9999699999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999
999999999999999999999999 99999999999999999999 99999999999999 999999999
9999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999

3- Now find the N below. It's a little more difficult..

MMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMNMMMM
MMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMM
MMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMM
MMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMM
MMMMMMMMMMMMMMMMMMM

part 2
eonvrye that can raed this rsaie your hnad.

To my ‘selected’ strange-minded friends:If you can read the following paragraph, forward it on to your friends and the person that sent it to you with ‘yes’ in the subject line.
Only great minds can read thisThis is weird, but interesting!
If you can raed this, you have a sgtrane mnid too

Can you raed this? Olny 55 plepoe out of 100 can.

I cdnuolt blveiee that I cluod aulaclty uesdnatnrd what I was rdanieg. The phaonmneal pweor of the hmuan mnid, aoccdrnig to a rscheearch at Cmabrigde Uinervtisy, it dseno’t mtaetr in what oerdr the ltteres in a word are, the olny iproamtnt tihng is that the frsit and last ltteer be in the rghit pclae. The rset can be a taotl mses and you can still raed it whotuit a pboerlm. This is bcuseae the huamn mnid deos not raed ervey lteter by istlef, but the word as a wlohe. Azanmig huh? Yaeh and I awlyas tghuhot slpeling was ipmorantt! If you can raed this forwrad it

This is NOT a joke.
If you were able to pass these 3 tests, you can cancel your annual visit to
your neurologist.
Your brain is great and you're far from having Alzheimer Disease.

Dear laptopku SAYANG

Dear laptopku SAYANG....

Terima kasihlah sebab rosak time aku nak exam ni..
Tak dapatlah aku nak baca softcopy notes aku yang berlambak dalam tu..

Terima kasihlah sebab rosak time warranty ko dah habis..
Terpaksalah aku minta duit Ayah untuk repair ko..
Time ada warranty dulu tak pulak ko rosak..
Pandai betul ko pilih masa..

Terima kasihlah sebab buat aku menebalkan muka meminjam laptop kawan aku ni..
Dah tiap-tiap hari aku datang rumah dia..
Nasib baik dia baik hati nak pinjamkan laptop..
Tapi, jangan risau..
Aku tetap SAYANG ko..

Terima kasihlah sebab buat aku boring bila duduk seorang-seorang dalam bilik..
Aku tengok ko, ko tengok aku..
Biasanya ko bising ngan lagu-lagu favourite aku..
Sekarang ko bisu tak bermaya..
At last, aku tengok nota..

Terima kasihlah jugak sebab buat aku rindu kat ko..
Laptopku!
Aku RINDU kat ko!
Dengar tak?


 ImageChef.com Flower Text


Monday, November 8, 2010

aku terpesona

Mari berpimpin hingga ke pinggir muara
Beramalan bahas serima sehati sejiwa*
Nyamannya hijau wah nikmat menyelimut bumi
Lahirnya tenang untuk kita salinng mengenali


Ayuh gebang gebang gebang
Ayuh gebang gebang gebang
Ayuh gebang gebang gebang
Ayuh gebang


Read more: http://www.liriklagumuzik.co.cc/2010/10/lirik-lagu-gebang-ost-magika-maya-karin.html#ixzz14jpiIgSo
Yup! Gebang.....aku pun tak tahu apa maksud perkataan gebang ni.
Mesti ramai yang dah cam lirik lagu ni kan??

Ni lah lagu opening untuk filem terbaik FFM23 2010 iaitu MAGIKA!
Filem Magika yang sarat dengan elemen cerita-cerita rakyat menepati ramalan peminat filem tempatan apabila diangkat sebagai Filem Terbaik Festival Filem Malaysia Ke-23...(ayat karangan SPM betul!)


Aku ingat lagi time aku melangkah masuk kat panggung wayang sebab nak tonton filem ni hari tu. Aku pun tak tahu kenapa aku rasa gemuruh dan gementar sangat. Macamlah aku yang direct filem tu kan? huhu...tapi serius! Aku memang gelabah tak tentu pasal. Duduk je kat dalam panggung tu memang aku tak bercakap langsung ngan kawan-kawan aku. Mata aku tak berkelip-kelip memandang ke arah skrin. Wayang tak start lagi time tu. Aku memang berdoa sungguh-sungguh. Aku doa janganlah filem ni tak best dan tak matang macam filem-filem melayu sebelum ni! Harapa aku tinggi sangat untuk filem MAGIKA ni. (ceh...aku cuma insan biasa)

Then, IT'S SHOW TIME!!
MAGIKA start ngan lagu Gebang nyanyian Maya Karin.
And, now what?
Aku sangat terpesona ngan lagu tu..
Aku terpesona jugak ngan Maya Karinsss (maksudnya Maya Karin yang ramai-ramai tu) dengan tempat tu yang cantik sangat. Aku tak tahulah macam mana KRU buat sampai tempat tu jadi cantik macam tu.
Tak sia-sia lah aku tunggu MAGIKA selama ni!

Pelakon-pelakon semua best-best. Semua pandai berlakon. Tak kayu. Terutamanya yang berlakon sebagai Malik tu. Watak tu dilakonkan oleh Fimie Don dan Ayu, iaitu kakak Malik dilakonkan oleh Diana Danielle. Dan ni watak-watak yang very cute dalam magika.
   suka tengok diorang berdua ni. kelakar and cute! 

Filem Magika adalah sebuah filem berbentuk kekeluargaan yang menyelitkan pantang larang orang Melayu terutama peringatan untuk anak-anak seperti jangan keluar rumah waktu senja dan jangan buang air kecil merata tempat sesuka hati. Filem ini juga kaya dengan nilai kasih sayang, cinta dan pengorbanan.
Sinopsis filem Magika mengisahkan bagaimana dua beradik yang tersesat di alam bunian selepas keluar rumah pada waktu Maghrib.
Ayu (Diana Danielle) berhadapan dengan ujian sukar untuk menyelamatkan adiknya iaitu Malik (Fimie Don) yang diculik nenek kebayan lakonan Ziana Zain. Bagaimanapun Ayu bernasib baik kerana dia bertemu dengan Badang (Mawi)yang membantu menyelamatkan mereka keluar dari dunia asing itu.
Magika menggabungkan lebih 15 pelakon ternama sebagai tarikan penonton ke pawagam. Kaya dengan mitos dan kisah legenda Melayu, Magika menampilkan beberapa watak yang dekat di hati orang ramai seperti Badang, Bawang Putih Bawang Merah, Pak Pandir, Mak Mandir, Mahsuri, Hang Tuah, Puteri Gunung Ledang dan Batu Belah Batu Bertangkup.

Aku rasa, (eh, bleh rasa-rasa plak?) filem ni memang patut dan layak lah jadi filem terbaik. Tak menyesal aku tengok filem ni. Bukan macam sesetengah filem kita tu. Buat rugi je aku beli tiket wayang. Tapi, aku bukanlah golongan bijak pandai yang hebat menilai karya-karya filem ni. Aku sekadar menilai dan memberi pendapat sebagai orang biasa je. Aku...wanita biasa...(eh, masuk plak lirik lagu Rossa kat sini..huhu)

k...until next time!

Sunday, November 7, 2010

Kau....BAGAIKAN PUTERI

Satu tabiat yang susah aku nak buang dari dulu ialah bila aku pergi keluar (outing), aku mesti akan pergi kedai buku....
Dan, benda yang aku akan cari adalah.....

Novel of course!
I'm crazy for novels especially novel terbitan alaf 21....
memang sangat berkualiti...(promote ni!)

Salah seorang penulis novel yang sangat aku minati ialah Ramlee Awang Murshid. Semua karya Ramlee Awang Murshid ni memang sangat kreatif dan yang paling penting seram! Dan dia memang penulis thriller no. 1 negara. Sebab tu aku suka. Bukannya aku tak suka novel-novel cintan-cintun ni, tapi novel-novel Ramlee Awang Murshid memang sangat best dan membuat otak aku berfikir.

Dulu, aku bukannya seorang yang suka membaca. Aku baca buku teks sekolah je. HUHU..Ayah aku pun tak suka sangat kalau dia tahu aku baca buku-buku yang bukan fakta ni! Dulu, aku ikut je lah cakap Ayah aku. Tapi, time form 4 adalah seorang kawan aku ni pegi heboh-heboh kat kelas yang dia ada banyak novel kat rumah. Ala...bukan dia punya pun. Kakak dia yang punya. Sibuk je nak buat kami jealous kat dia. HUHU..(jangan marah!)

Tapi, aku nak ucap TERIMA KASIH lah banyak-banyak kat kawan aku yang kepoh tu. Disebabkan dia, aku dah jadi penggemar setia novel sehingga ke hari ni, esok dan mungkin selamanya.

Dan novel pertama yang kubaca sepanjang hidupku (setelah kawan aku tu berbaik hati untuk meminjamkan novel kepadaku) adalah BAGAIKAN PUTERI. Yup! Karya penulis kesayanganku...RAMLEE AWANG MURSHID.


Sinopsis BAGAIKAN PUTERI:
Haryani dan Laksamana Sunan…
saling jatuh cinta. Pertemuan kedua insan ini dalam satu dimensi di luar batas jangkauan manusia, malah sukar diterima lojik akal. Mereka dari zaman yang berbeza. Haryani terperangkap dalam perkelahian antara kebaikan dan kebatilan manusia. Perjalanan yang panjang, penuh ranjau dan cabaran membuatkan Haryani dan Saifudin mendiamkan sahaja cinta yang terpendam. Dani… pertama kali melihat Haryani yang terlantar koma di hospital terus jatuh hati. Dia berusaha membawa Haryani kembali semula ke abad 21. Antara dua lelaki, Haryani terpaksa membuat pilihan. Antara dua nyawa dalam jasadnya; sama ada tinggal bersama Laksamana Sunan pada penghujung kurun ke 15 atau kembali semula ke abad 21. Tiada dua kehidupan dalam zaman yang berlainan. Salah satu kehidupan itu mesti mati!

Ulasanku..(ehem! mike test 1,2,3...hehe)

Banyak ayat-ayat yang sangat menarik minatku dalam novel ni! Ini antara part yang paling aku suka.

Saifudin tidak terkejut apabila melihat kehadiran seorang manusia berwajah menakutkan. Kepala Beragas Jin Berantai yang botak itu tertoleh-toleh mencari mangsa lalu melangkah masuk ke gelanggang yang telah dipersiapkan lewat petang tadi oleh Djailuh.

“Laksamana,” seru Djailuh seakan berbisik. Saifudin mengangkat tangan tanpa menoleh ke belakang. Isyarat yang meminta agar Djailuh tidak bersuara. Beragas menderam apabila memandang ke arah Saifudin.

“Assalamualaikum, Beragas.” Saifudin tetap memberi salam walaupun tahu Beragas tidak sekali-kali akan membalas ucapan doa kesejahteraan itu.
“Kamu siapa?” Suara Beragas garau bertanya.

“Sudah berapa ramai nyawa manusia yang tidak berdosa telah kamu bunuh, Beragas?” Saifudin bertanya tanpa menjawab soalan manusia penyembah syaitan itu.
“Lebih 300 kepala telah kuceraikan dari tubuh mereka.” Suara Beragas, walaupun tidak memekik namun sudah cukup kuat menggegarkan telinga yang mendengar. Djailuh melangkah setapak. Apabila mendengar Laksamana Sunan berdehem, dia segera mematikan langkahnya.
“Perbuatan kamu itu berdosa besar. Mahukah kamu mendengar tawaranku?” soal Saifudin dalam loghat Acheh.
“Tawaran apa yang kamu fikir baik untuk aku?” marah Beragas dalam nada menyindir.
“Kembalilah kepada ALLAH, nescaya kamu kulepaskan!” tegas Saifudin.
“Bangsat, kamu!” Beragas meludah ke tanah. “Jangan cuba-cuba menghalang aku untuk mendapatkan kuasa luar biasa!” Beragas membantah.
“Tiada TUHAN disembah melainkan ALLAH dan Nabi Muhammad itu pesuruh ALLAH.” Dengan nada tegas, Saifudin melafazkan kalimah syahadat itu. “Kalau begitu... kita berbeza tuhan!” tingkah Beragas.
Tiada TUHAN selain ALLAH, Beragas!” Saifudin tetap bertegas.
“Dari Mataram langsung ke Tanah Jawa, tiada seorang manusia pun yang sanggup bertentang mata denganku. Tapi di Acheh ini... ada manusia kecil yang mahu menunjuk lagak? Siapa namamu anak muda? Biar senang kuhantar badan tanpa kepalamu nanti ke rumah orang tuamu!”
Beragas begitu angkuh dan sombong.
Saifudin tidak bersuara. Anak matanya dicerunkan. Lalu dia mencabut keris dari sisipan hadapan. Keris Nanggroe itu merupakan keris pusaka para wali Acheh pemberian Wali Sufi. Tatkala melihat keris yang diperbuat dari perak itu, Beragas berundur setapak ke belakang. Mukanya yang mengerikan itu nampak jelas ketakutan.
“Laksamana Sunan!” gumam Beragas. Selama ini dia pernah mendengar nama Laksamana Sunan yang banyak sekali menumpaskan manusia-manusia jahat sepertinya. Namun malam ini, barulah dia berhadapan dengan lelaki masyhur itu.


Ni part yang paling best...mushaf yang Laksamana Sunan bagi kat Haryani.^^


Apabila hujan turun dari perbukitan, aliran menujah ke batu, melekuk tanda waktu beralih, seiring nyawa menghanyut usia, sejalan nafas melangkah ke hujung. Awan...kalau dapat dicapai, maka saktilah hamba..




Bagi yang tak tahu, novel ni dah lama ada sambungannya...bagi yang dah tahu, buat-buat tak tahu je lah ya...^_^
InsyaAllah, aku akan tulis entri pasal novel-novel tu lain kali...



Untill next time!!!!^_^

Saturday, November 6, 2010

fuhhhh...lega anak tekak!

Pernahkah anda berjalan-jalan di bawah terik matahari, di tengah hari, tanpa payung dan pohon-pohon rendang untuk berteduh sehingga anda terasa anak tekak anda sangat kering dan dahaga bagai nak mampus pengsan??
Jika ya, apakah yang sering bermain-main di fikiran anda??
Adakah:

a) Kan best kalau ada orange juice yang menyegarkan bagai dikupas sendiri!!


b) Milo ice kat kedai mamak semalam pun best jugak!!




c) Coke ngan vanilla float pun pehh!! Jadi lah....



d) Wah...the sweet carrot juice is very very very best!!!


Buat lah pilihan anda! a, b, c atau d???

Hahaha
ok lah, aku mengaku...ni semua minuman kegemaranku! Tapi kalau aku yang buat sendiri mesti tak sedap punya. Aku pun hairan..kalau orang lain buat mesti sedap. Memang tak ada bakat lah aku ni. huhu...apa lah nasib badan..

Thursday, November 4, 2010

My Love

My love?? Yeah...it is now the time to tell about the love of my life! hehe...:D
First time jumpa dia memanglah aku tak berkenan..
Aku sampai nangis-nangis lagi sebab tak mahu datang jumpa dia..
Allah saja lah yang tahu betapa aku sangat down time tu sebab ayah aku paksa jugak aku pergi jumpa dia..
Time tu aku belum kenal dia lagi..
Memanglah..Tak kenal maka tak cinta lah orang cakap kan..

Tapi dia cool je...
Walaupun aku dah berulang-ulang kali cakap yang aku tak suka dia, tapi dia diam je..baik kan?
Ada satu hari tu, benci punya pasal aku rasa macam nak letak racun je dalam makanan dia..
Nasib baiklah otak aku ni masih waras..kalau tidak...huh!

Tapi, entah kenapa perasaan sayang aku semakin bertambah setiap hari..
Aku juga mula mengenali family dan sahabat-sahabatnya yang lain..
Ternyata aku tidak rugi mengenalinya...
Hehe..

Banyak perkataan yang boleh digunakan untuk menggambarkan my love aku ni..
Attractive, good swimmer, disukai ramai...and yang paling penting......
HARGA my love aku ni sangat MAHAL!!!!
hehehehe...

Betul....
Dia ada harga...
Sebab nama dia Cromileptes altivelis..
Atau nama melayunya...kerapu tikus!

As an AQUACULTURE student, ikan ni lah yang paling menambat hati dan jantungku..
Appearancenya tengoklah sendiri...
Bagi aku sangat attractive..
And lecturer aku cakap, ikan ni memang have a very good taste lah...
tak tahu lah betul ke tidak..
Aku pun tak pernah makan..
Sebab family aku memang tak boleh makan ikan kerapu..allergic kunun..
Tapi, kalau tak allergic pun aku memang takkan makan my love aku ni..
tak sanggup! sayang......huhuhu

So, this is it!






Two or three times a week, aku akan jumpa lah ngan ikan ni..
Bukan ikan ni je..
Banyak lagi jenis ikan yang aku selalu jumpa since aku ni budak AQUACULTURE kan..^_^

Additional info: Cromileptes altivelis is not cultured for food purpose only. It also cultured to be an ornamental fish since it has a very attractive appearance. The price for Cromileptes altivelis in Malaysia now can reach RM200/kg.

Tuesday, November 2, 2010

The Beloved PRINCESS^_^

Alkisah...

Suatu masa dahulu, terdapat seorang maharaja yang sangat tampan sedang memerintah sebuah wilayah jajahan takluknya dengan adil dan saksama. Rakyat hidup dengan aman dan tenteram.


Walaupun maharaja tersebut sangat tampan sehingga ramai puteri-puteri raja yang terpikat dengannya, namun maharaja tersebut masih tidak mahu berkahwin. Kekanda baginda tidak berputus asa. Setiap hari kekanda baginda akan memaksa baginda untuk mencari calon isteri. Akibat bosan dipaksa setiap hari, baginda pun mengambil keputusan untuk berkahwin dengan sesiapa sahaja pilihan kekandanya.

Kekanda baginda berasa sangat gembira dengan keputusan maharaja. Lalu, kekanda baginda pun menghantar rombongan untuk meminang seorang wanita biasa yang tinggal berhampiran dengan istana mereka untuk dijadikan permaisuri. Wanita tersebut hanyalah seorang rakyat biasa namun terkenal dengan sifat baik hati disamping memiliki wajah yang menawan.

Orang tua wanita itu bersetuju untuk menerima pinangan tersebut. Kemudian, berlangsunglah perkahwinan mereka yang sangat gilang gemilang. Semua rakyat jelata sangat gembira dengan perkahwinan tersebut.

Maharaja sedang menanti ketibaan bakal permaisurinya. Setelah bakal permaisuri diarak menuju ke istana, semua warga istana menyambutnya dengan penuh gembira. Itulah kali pertama Maharaja dapat menatap wajah bakal permaisuri. Baginda jatuh cinta pada pandangan pertama.

Walaupun mereka tidak pernah mencintai satu sama lain sebelum ini, namun perkahwinan mereka sangat bahagia. Mereka sangat mencintai satu sama lain selepas berkahwin.

Suatu hari, permaisuri jatuh gering. Maharaja berasa sangat susah hati.


Kemudian, tabib diraja mengumumkan berita yang sangat menggembirakan. Permaisuri disahkan mengandung! Seisi istana bersorak gembira. Namun, kejadian yang tidak diingini berlaku. Kandungan permaisuri gugur beberapa bulan kemudian. Maharaja dan permaisuri berasa sangat sedih. Semua rakyat jelata turut sedih. Tidak lama selepas itu, tukang tilik diraja menyampaikan berita kepada maharaja bahawa selepas ini permaisuri akan mengandung lagi.

Tilikan tersebut ternyata benar. Permaisuri mengandung lagi! Kali ini, Permaisuri menjaga kandungannya dengan baik. Maharaja juga memberi perhatian yang lebih kepada Permaisuri. 9 bulan kemudian lahirlah seorang puteri yang sangat comel!

Puteri tersebut merupakan waris yang ditunggu-tunggu selama ini. Kelahirannya dirayakan oleh seluruh pelosok wilayah jajahan maharaja. Puteri tersebut dinamakan princess PRETTY HONEY!!!!^_~

The beloved princess dibesarkan dengan penuh belaian kasih sayang. Princess pretty honey membesar menjadi seorang puteri jelita yang sangat baik hati dan disayangi oleh semua orang.......and finally, they live happily ever after!!!

Sunday, October 31, 2010

Kek Batik! hmm.....

Ada tak orang kat dunia ni yang tak suka makan kek batik???
I am sure mesti tak ada lah!!
siapa yang boleh tolak keenakan dan kelazatan biskut marie bersalut coklat or whatever lah bahan2 yang digunakan??
aku dah pernah rasa macam2 rasa kek batik...coklat, strawberry, yam???
aku dah try!!
and my favourite?? of course la coklat!!
tapi yang lain pun sedap jugak...

                                                notice the melted chocolate?? hmm...yummy!

Ni resepi yang aku dapat setelah browse kat internet...
actually, aku tau buat sendiri kek ni..
tapi tak yakin...so, this is what i got from others..thanks!

Bahan-Bahan

Bahan A :
1 ketul Buttercup
½ cawan gula halus
4 biji telur (kalau saiz besar boleh kurangkan)
Sedikit esen vanilla     
Bahan B :
½ tin susu pekat manis
½ cawan air suam
7 sudu besar Milo
7 sudu besar serbuk koko


1 peket biskut Marie (pecah-pecahkan menjadi kecil)

Cara

Bahan A:
Pukul butter dan gula sehingga kembang. Masukkan telur dan esen vanilla.

Bahan B:
Campurkan Milo,serbuk koko dan susu.Kacau sehingga Milo dan serbuk koko tidak berketul.Kemudian masukkan air suam.Kacau sehingga rata.

Campurkan bahan A dan B di dalam satu periuk.Masak di atas api yang kecil.Kacau sehingga bancuhan menjadi pekat dan mendidih.Masukkan biskut marie yang telah dipecah-pecahkan tadi.Kacau sehingga rata.Tutup api.Tuang ke dalam loyang dan tekan-tekankan.Apabila acuan sudah sejuk masukkan ke dalam peti ais.

Tambahan:
Sebelum masukkan acuan ke dalam loyang.Lapikkan loyang dengan plastik untuk memudahkan ia di potong.Dan sebelum masukkan ia ke dalam peti ais. Cover loyang tu dengan plastik bagi mengelakkan air ais masukkan ke dalam acuan kek.

selamat mencuba!!!^_^

Tuesday, October 26, 2010

My another favourite...KFC!!!!

 
My dear friends yang mengenaliku tentu tahu aku suka makan apa kalau pergi shopping...
I am not being bias...
but I like KFC more than any other fast food....
tapi kalau ada kawan aku yang nak makan fast food lain, aku ikut je...(see, I am a good person!) hehe..

tapi, apa yang peliknya aku takkan order meal selain snack plate...
                                                                  hmmmmmmm.........^_^       
kadang2 aku tambah la cheezy wedges....the everyone favourite, right?
 
Chicken rice, Zinger or Jom Jimat????semua aku tak layan...kenapakah?
aku pun  tak tahu...
and 1 more thing...i ni demand sikit! sekit je...hehe
everytime aku akan cakap kat abang atau kakak kat kaunter tu...
'i tak mau coleslaw. i nak dua2 mashed potato ok? ayam tu kalau boleh nak breast je...'
amacam? demand tak?
hehe...
semenjak beberapa bulan yang lepas, aku ada 1 gelaran baru..
'the Queen of KFC'
hehe...bangga kah?
tak dapat jadi Queen betul2, jadi Queen of KFC di kalangan kawan2 pun jadi lah...
I'm Lovin It!!!! ^_^

Sunday, October 24, 2010

KeyChain

Aku ke shopping mall hari ni. Nak temankan kawan aku actually. Aku masih dalam 'saving period' lagi. tapi, kawan aku dah minta teman...tak sampai hati pulak mau tolak.
so, nak dijadikan cerita...
kami pun berjalan-jalanlah di shopping mall tersebut.
setelah penat tawaf satu shoppinh mall tu, kami pun pergilah McDonald untuk melepaskan penat, mengisi perut, membasahkan tekak & sebagainya..(ceh...) kami suka pergi McDonald sebab air boleh refill..hehe

Sambil kami menikmati fries, tiba-tiba datang pulak beberapa orang budak kecil yang membawa tabung derma untuk meminta derma. kasihan aku melihat budak-budak itu. lalu kawan aku pun mengeluarkan sedikit wang dari 'purse'nya..aku agak kaget ketika itu. bukan kedekut! tapi kenangan lalu kembali menyapa ingatanku.

Suatu masa dahulu...(ehem!)
aku dan seorang temanku sedang menunggu bas untuk pulang ke rumah setelah seharian berjalan-jalan di pekan.
sambil kami menunggu bas, tiba-tiba dua orang budak menghampiri kami untuk meminta sedekah. kami berdua yang sangat baik hati dan innocent ini pun mengeluarkan sedikit wang daripada beg kami. kebetulan aku sedang memegang sekotak susu perica coklat yang belum dibuka. susu kotak itu juga kuberikan kepada mereka. beberapa saat kemudian, lima orang budak turut menghampiri kami, juga meminta sedekah. kami panik! kemudian, semakin ramai budak-budak datang menghampiri kami. dalam ketakutan, aku menarik tangan temanku itu lalu kami berlari selaju yang mungkin. budak-budak tersebut masih mengejar kami. kami masuk ke sebuah shopping mall berdekatan lalu bersembunyi di sebalik pakaian-pakaian yang bergantungan di sebuah kedai pakaian. setelah memastikan kami sudah tidak diekori barulah kami berani untuk kembali ke terminal bas. kenangan itu benar-benar memberi kesan kepadaku. sebab itu aku kaget apabila budak-budak meminta sedekah menghampiriku. huhuhu....

Kami masih di McDonald, seorang lelaki pula datang menghampiri kami. dia memberiku sebuah kad. aku baca. di atas kad tersebut tertulis bahawa dia seorang yang pekak. dia memintaku untuk membeli keychain yang dibuatnya sendiri...entah kenapa hatiku tersentuh. jika aku tidak mahu beli, dia juga tidak memaksa. lantas ku keluarkan wang RM10 dan dia memberiku 2 buah keychain yang cantik ukirannya.
setelah dia berlalu, aku kemudian terfikir....
adakah manusia sepertiku hanya ingin membantu orang lain hanya jika diberi balasan terhadap bantuan tersebut?????? :(

Friday, October 15, 2010

Bersyukurlah....

 Sesuatu yg aku terbaca di laman web...terasa ingin ku kongsi dengan kalian semua....<3

1. utk suami/isteri yg tidur berdengkur di waktu malam, krn beliau tidur disisi kita bukan dengan orang lain.
2. utk anak/adik perempuan kita yg mengomel apabila mencuci pinggan, krn itu bermakna dia berada di rumah, bukan di jalanan berpeleseran.
3. utk cukai pendapatan yg kita kena bayar, krn itu bermakna kita masih mempunyai pekerjaan.
4. utk pakaian kita yang dah tak muat, krn itu bermakna kita cukup makan.
5. utk lantai yg perlu dimop, tingkap yg perlu dilap dan rumah yg perlu dikemas , krn itu bermakna kita mempunyai tempat tinggal.
6. utk bunyi bising jiran², krn itu bermakna kita masih lagi boleh mendengar.
7. utk timbunan pakaian yg perlu dicuci/digosok krn itu bermakna kita ada pakaian untuk dipakai.
8. utk keletihan/kesakitan otot selepas seharian bekerja, krn itu bermakna kita masih berupaya utk kerja kuat.
9. utk tempat letak kereta yg jauh drpd lif, krn itu bermakna kita masih berupaya utk berjalan.
10.utk jam loceng yg berdering pd waktu pagi, krn itu bermakna kita masih hidup untuk meneruskan hari tersebut…

“Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yang kita dapat…dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada”


Wednesday, October 13, 2010

My Chocolate Cake!!!!

My another favourite food...
none other than chocolate cake!
luv it!!!!


 Who can resist it????


here the recipes

Suhu Ketuhar : 180 Celcius
Masa Membakar : 50 - 60 minit
Saiz acuan : 9″

Bahan A
20 gm coklat emulco
50 gm serbuk koko
200 ml air suam

Bahan B

250 gm mentega
300 gm gula kastor
1/2 sudu teh garam

Bahan C

240 gm telur (4 biji telur gred A)
1 sudu teh esen vanila

Bahan D
250 gm tepung paling halus
1/2 sudu teh serbuk soda bikarbonat
1 sudu teh serbuk penaik

Ganache
50 gm golden syrup
500 gm krim segar susu
500 gm coklat masakan
50 gm mentega
Methods/steps
  1. Campurkan kesemua bahan A dan kacau hingga sebati. Ketepikan dulu.
  2. Pukul bahan B sehingga kembang dan berbentuk krim lalu masukkan bahan C.
  3. Masukkan bahan D dan A dan gaul hingga sekata.
  4. Tuangkan campuran kek ke dalam acuan berukuran 9″ yang sudah digirs. Bakar dalam ketuhar yang sudah dipanaskan pada suhu 180 C selama 50-60 minit. Biarkan kek menyejuk setelah masak.
  5. Coklat Ganache. Masukkan semua bahan dan masak secara double boil sehingga cair. Biarkan ia semalaman pada suhu bilik atau disejukkan di dalam peti sejuk untuk satu jam.
  6. Potong kek coklat kepada 3 lapisan. Sapu coklat cair di antara lapisan kek dan susun dengan elok. Salutkan seluruh kek dengan coklat cair dan hias dengan kacang walnut.
  7. Sejukkan di dalam peti sejuk untuk beberapa jam sebelum dihidangkan.
Sumber : Buku Bicara Kek (Wendy Kor)

Tuesday, October 12, 2010

~~I remember~~

I remember is one of my favourite song....
It is kind of nostalgic and soft song....
Here is the lyrics!!!<3

I Remember

Artist: Mocca
I remember...The way you glanced at me, yes I remember
I remember...When we caught a shooting star, yes I remember
I remember.. All the things that we shared, and the promise we made, just you and I
I remember.. All the laughter we shared, all the wishes we made, upon the roof at dawn

Do you remember..?
When we were dancing in the rain in that december
And I remember..When my father thought you were a burglar
I remember.. All the things that we shared, and the promise we made, just you and I
I remember.. All the laughter we shared, all the wishes we made, upon the roof at dawn

I remember.. The way you read your books,
yes I remember
The way you tied your shoes,
yes I remember
The cake you loved the most,
yes I remember
The way you drank you coffee,
I remember
The way you glanced at me, yes I remember
When we caught a shooting star,
yes I remember
When we were dancing in the rain in that december
And the way you smile at me,
yes I remember

Monday, October 11, 2010

Kenapa diri ini disakiti???

Aku menulis bukan untuk menghukum sesiapa..bukan juga untuk meminta simpati. cukuplah sekadar diri ini difahami...
Aku menulis entri ini dalam keadaan emosi diri yang tidak menentu...mahu menyiapkan assignment yang terbengkalai juga terasa tidak mampu saat ini.  Ku harap, selepas meluahkannya di sini aku dapat menjadi lebih tenang. 
Aku tidak pernah merasa sakit hati, kecewa, rasa bersalah dan rasa diri tidak berguna seperti sekarang. perasaanku bercampur-baur. Aku rasa sangat down. 
Bukan putus cinta! Masalah kawan. Perkataan 'kawan' itu masih wujud atau tidak, aku juga kurang pasti. Atau selama ini memang tidak pernah wujud perkataan itu di antara kami. 
Dia pemimpin. Dia ketua. Dia dihormati. 
"Kita semua 1 family!" dia sendiri yang menegaskan perkataan itu di hadapan kami semua ketika dia berasa sangat kecewa dengan tindakan salah seorang daripada kami yang sangat mementingkan diri sendiri. Aku cukup respect sebab dia berani berkata begitu.
Tapi, apa jadi sekarang? Saat kami ditugaskan untuk bekerjasama dalam tempoh waktu yang agak lama, semua tampak tidak menjadi.
Aku faham jika dia kecewa dengan kami yang mungkin bertindak lambat dan membuat kerja last minit. Tapi wajarkah kami dihukum dan dipermainkan sebegini rupa? Dimana 'family' yang pernah kau katakan dulu? Aku sangat terpana saat kau meremehkan usaha yang kami lakukan! 
Kadang-kadang aku terfikir, mungkin ini pengajaran buat aku supaya tidak bergantung harap pada orang lain. Aku harap kau dapat menjadi pemimpin yang baik kepada kami, tapi kau khianati kepercayaan kami itu.  Tolonglah, aku tidak suka bermusuhan dengan sesiapa. Aku tidak boleh jika ada orang yang membenciku! 
Hm...aku masih tidak tenang sekarang. Mungkin ada perkara lain yang boleh membuatku lebih tenang. Doa & Solat yang khusyuk. Hm..........

Sunday, October 3, 2010

i luv ice cream!!!!

Agak lama jugak aku tak update blog ni.....
busy with assignment, assignment, and assignment lg....huhu
bila la time nak senang ni?
time sekolah susah, time masuk U susah, time dah kerja nanti pun susah...
takpe2....
just go with the flow dulu.~~

ok la. aku nak share pasal favourite aku ni!
ice cream!!!!!!!
mesti ramai yang suka ice cream...
so, here it is.

Hmmm...yummy!:)


 di sini aku sertakan recipe for creamy vanilla ice cream...
aku dapat dari website lain k..


Ingredients

  • 2 eggs
  • 1 cup sugar
  • 1/4 teaspoon salt
  • 2 1/2 cups whipping cream
  • 2 cups half-and-half cream
  • 2 1/4 teaspoons vanilla extract

Directions

  1. In a heavy saucepan, combine the first five ingredients. Cook over medium-low heat, stirring constantly, until the mixture is thick enough to coat a metal spoon and reaches at least 160 degrees F. Remove from the heat; cool quickly by setting pan in ice and stirring the mixture. Cover and refrigerate overnight or freeze immediately. When ready to freeze, pour custard and vanilla into the cylinder of an ice cream freezer. Freeze according to the manufacturer's directions. Enjoy^_^                                                                                                                                                             


Monday, August 23, 2010

Allah Knows

Fuh....Baru balik terawih ni. Dah beberapa hari tak pergi terawih kat surau. Demam sikit...biasa lah. Dugaan time puasa ni. memang mcm ni lah. Demam-demam pun dapat jugak aku taip entri kali ni. huhu...kecekalan dan kesabaran tu penting! ceh......hehe

Sejak akhir-akhir ni aku selalu dengar satu lagu nasyid english. Boleh dikatakan agak favourite aku jugak la...Allah knows by Zain Bikha. bait-bait liriknnya sungguh bermakna..melodinya juga sedap didengar..aku sediakan liriknya...hayatilah!

Allah Knows Lyrics

When you feel all alone in this world
And there’s nobody to count your tears
Just remember, no matter where you are
Allah knows
Allah knows
When you carrying a monster load
And you wonder how far you can go
With every step on that road that you take
Allah knows
Allah knows
CHORUS
No matter what, inside or out
There’s one thing of which there’s no doubt
Allah knows
Allah knows
And whatever lies in the heavens and the earth
Every star in this whole universe
Allah knows
Allah knows
When you find that special someone
Feel your whole life has barely begun
You can walk on the moon, shout it to everyone
Allah knows
Allah knows
When you gaze with love in your eyes
Catch a glimpse of paradise
And you see your child take the first breath of life
Allah knows
Allah knows
CHORUS
When you lose someone close to your heart
See your whole world fall apart
And you try to go on but it seems so hard
Allah knows
Allah knows
You see we all have a path to choose
Through the valleys and hills we go
With the ups and the downs, never fret never frown
Allah knows
Allah knows
CHORUS (x2)
BRIDGE:
Every grain of sand,
In every desert land, He knows.
Every shade of palm,
Every closed hand, He knows.
Every sparkling tear,
On every eyelash, He knows.
Every thought I have,
And every word I share, He knows.
Allah knows.

Album: Allah Knows
Words and Melody By: Zain Bhikha.
Performed By: Zain Bhikha & Dawud Wharnsby
Released: 2006