Monday, November 8, 2010

aku terpesona

Mari berpimpin hingga ke pinggir muara
Beramalan bahas serima sehati sejiwa*
Nyamannya hijau wah nikmat menyelimut bumi
Lahirnya tenang untuk kita salinng mengenali


Ayuh gebang gebang gebang
Ayuh gebang gebang gebang
Ayuh gebang gebang gebang
Ayuh gebang


Read more: http://www.liriklagumuzik.co.cc/2010/10/lirik-lagu-gebang-ost-magika-maya-karin.html#ixzz14jpiIgSo
Yup! Gebang.....aku pun tak tahu apa maksud perkataan gebang ni.
Mesti ramai yang dah cam lirik lagu ni kan??

Ni lah lagu opening untuk filem terbaik FFM23 2010 iaitu MAGIKA!
Filem Magika yang sarat dengan elemen cerita-cerita rakyat menepati ramalan peminat filem tempatan apabila diangkat sebagai Filem Terbaik Festival Filem Malaysia Ke-23...(ayat karangan SPM betul!)


Aku ingat lagi time aku melangkah masuk kat panggung wayang sebab nak tonton filem ni hari tu. Aku pun tak tahu kenapa aku rasa gemuruh dan gementar sangat. Macamlah aku yang direct filem tu kan? huhu...tapi serius! Aku memang gelabah tak tentu pasal. Duduk je kat dalam panggung tu memang aku tak bercakap langsung ngan kawan-kawan aku. Mata aku tak berkelip-kelip memandang ke arah skrin. Wayang tak start lagi time tu. Aku memang berdoa sungguh-sungguh. Aku doa janganlah filem ni tak best dan tak matang macam filem-filem melayu sebelum ni! Harapa aku tinggi sangat untuk filem MAGIKA ni. (ceh...aku cuma insan biasa)

Then, IT'S SHOW TIME!!
MAGIKA start ngan lagu Gebang nyanyian Maya Karin.
And, now what?
Aku sangat terpesona ngan lagu tu..
Aku terpesona jugak ngan Maya Karinsss (maksudnya Maya Karin yang ramai-ramai tu) dengan tempat tu yang cantik sangat. Aku tak tahulah macam mana KRU buat sampai tempat tu jadi cantik macam tu.
Tak sia-sia lah aku tunggu MAGIKA selama ni!

Pelakon-pelakon semua best-best. Semua pandai berlakon. Tak kayu. Terutamanya yang berlakon sebagai Malik tu. Watak tu dilakonkan oleh Fimie Don dan Ayu, iaitu kakak Malik dilakonkan oleh Diana Danielle. Dan ni watak-watak yang very cute dalam magika.
   suka tengok diorang berdua ni. kelakar and cute! 

Filem Magika adalah sebuah filem berbentuk kekeluargaan yang menyelitkan pantang larang orang Melayu terutama peringatan untuk anak-anak seperti jangan keluar rumah waktu senja dan jangan buang air kecil merata tempat sesuka hati. Filem ini juga kaya dengan nilai kasih sayang, cinta dan pengorbanan.
Sinopsis filem Magika mengisahkan bagaimana dua beradik yang tersesat di alam bunian selepas keluar rumah pada waktu Maghrib.
Ayu (Diana Danielle) berhadapan dengan ujian sukar untuk menyelamatkan adiknya iaitu Malik (Fimie Don) yang diculik nenek kebayan lakonan Ziana Zain. Bagaimanapun Ayu bernasib baik kerana dia bertemu dengan Badang (Mawi)yang membantu menyelamatkan mereka keluar dari dunia asing itu.
Magika menggabungkan lebih 15 pelakon ternama sebagai tarikan penonton ke pawagam. Kaya dengan mitos dan kisah legenda Melayu, Magika menampilkan beberapa watak yang dekat di hati orang ramai seperti Badang, Bawang Putih Bawang Merah, Pak Pandir, Mak Mandir, Mahsuri, Hang Tuah, Puteri Gunung Ledang dan Batu Belah Batu Bertangkup.

Aku rasa, (eh, bleh rasa-rasa plak?) filem ni memang patut dan layak lah jadi filem terbaik. Tak menyesal aku tengok filem ni. Bukan macam sesetengah filem kita tu. Buat rugi je aku beli tiket wayang. Tapi, aku bukanlah golongan bijak pandai yang hebat menilai karya-karya filem ni. Aku sekadar menilai dan memberi pendapat sebagai orang biasa je. Aku...wanita biasa...(eh, masuk plak lirik lagu Rossa kat sini..huhu)

k...until next time!

No comments:

Post a Comment