CINTA menggapai beg sekolah yang tersangkut di tepi dinding biliknya. Tudung yang melitupi kepalanya dibetulkan lagi. Bedak yang masih bertompok di atas kening dan dagunya di sapu dengan jari agar kelihatan sekata dengan rona kulitnya yang putih melepak. Perlahan-lahan dia melangkah agar adiknya yang masih tidur di atas buaian tidak terjaga. Tiba-tiba Mak menjengah ke ruang tamu.
"CINTA, pergi sarapan dulu."
"Tak nak lah, mak. Tak selera lah nak makan pagi-pagi buta ni."
"Makan dulu. Tak baik tak sarapan tau. Sarapan tu penting. Macam mana pelajaran nak masuk kalau perut kosong macam tu?"
CINTA mengalah. Dia melangkah ke dapur. Beg yang disandang diletakkan di tepi pintu, antara ruang tamu dan dapur. Sedikit sahaja nasi goreng diletakkan di atas pinggan. Baru sahaja dia ingin menyuap nasi ke dalam mulut, adik-adiknya, ADIL dan AIDIL, menjengah ke dapur. ADIL, anak ke-2 cepat-cepat mengaut nasi ke dalam pinggan.
"ADIL, pelan-pelan lah makan tu! Kalau tercekik nanti siapa susah?"
Tegur CINTA. Adiknya itu memang kuat makan. Tidak kiralah sarapan, makan tengah hari, petang atau malam. Seleranya tetap sama. AIDIL, anak yang ke-3 pula masih sibuk membetul-betulkan rambutnya yang sudah tampak basah dek terlalu banyak gel. CINTA menggeleng. Ayah pula muncul dari belakang rumah, baru lepas memberi makanan untuk ayam-ayam peliharaannya. Selepas membasuh tangan bersih-bersih, Ayah menuang air teh ke dalam cawan.
"Cepat sikit. Nanti Ayah hantar pakai motor"
"Tapi Ayah...hari ni CINTA nak jalan kaki ngan kawan-kawan."
Ayah diam. Ayah langsung tidak berpaling ke arah CINTA. Kunci motor yang tergantung di tepi pintu lantas Ayah capai.
"Selagi Ayah mampu hantar, biar Ayah hantar. Bila Ayah dah tak ada nanti, CINTA pergi lah macam mana pun, Ayah tak kisah."
Mendatar sahaja nada suara Ayah. Tapi kata-kata itu menusuk terus ke kalbu CINTA. Dia tidak faham. Dia tidak pernah faham dengan Ayah! Kawan-kawan yang lain dapat bersuka-ria, ketawa bersama, berjalan bersama ke sekolah. Tapi, dia? Hidupnya hanya berkisar di antara sekolah dan rumah.
Bekal makanan dan air dimasukkan ke dalam beg. Bekal-bekal untuk adiknya juga dimasukkan ke dalam beg mereka berdua. Selepas mencium tangan Mak, mereka bertiga dihantar ke sekolah dengan motor usang Ayah.
Tangan Ayah dicium lantas mereka bertiga melangkah ke bilik darjah masing-masing. Ayah memandang dari jauh. Ayah sentiasa begitu. Dia tidak senyum. Tidak juga melambaikan tangan. Sedangkan anak-anak lain dikucup dahi mereka, diusap kepala mereka, tapi CINTA, ADIL dan AIDIL? Ayah hanya memandang dari jauh. Pandangan Ayah tetap sama. Sama macam hari-hari lain. Anak-anak itulah yang akan mengubah nasib keluarga nanti. Merekalah harapan Ayah dan Mak.
CINTA menoleh ke belakang. Ayah masih di situ. Belum sempat CINTA melambaikan tangan, Ayah sudah menghidupkan kembali enjin motor. Motor ditunggang keluar dari pintu pagar sekolah. CINTA mengeluh. Tiba-tiba muncul RIKA dan KOKO di muka pintu bilik darjah 6 A.
"CINTA! Apesal ko tak jalan kaki sekali ngan kitorang tadi? Kan dah janji semalam.."
"Ala..Ayah aku tak bagi lah. Dia nak hantar jugak!"
"Ayah kitorang bagi je kitorang jalan kaki. Apesal Ayah ko tak bagi pulak?"
CINTA terpana. Walaupun dia agak tidak berpuas hati dengan tindakan Ayahnya itu, tapi dia tidak suka Ayahnya diperkatakan seperti itu. Belum sempat dia membalas kata-kata rakannya itu, satu suaranya menegurnya dari belakang.
"CINTA. Saya nak tumpang lalu, boleh?"
CINTA terpana lagi. Dia tahu empunya suara itu. Dia sangat tahu. Sejak dari darjah 3 lagi, dia selalu termimpikan empunya suara itu. CINTA beranjak ke tepi, memberi laluan kepadanya. CINTA tidak berani memandangnya. Di usia 12 tahun, CINTA sudah kenal erti segan.
"Korang nampak tak? FIQAR senyum kat aku tadi! Nampak tak?"
RIKA berbisik. KIKO dan CINTA saling berpandangan.
"Tapi dia sebut nama CINTA lah. Dia tak sebut nama ko."
KIKO sengaja mahu merosakkan saat-saat bahagia RIKA. Siapa yang tidak tahu bahawa RIKA sudah lama suka dengan FIQAR. Mungkin FIQAR juga sudah tahu. Tapi buat-buat tidak tahu.
"Ahhh..yang penting dia senyum kat aku!"
CINTA dan KIKO hanya tersenyum sahaja melihat RIKA yang sudah hanyut dengan perasaan bahagianya. CINTA lantas mengambil tempat duduknya. Di sebelahnya KIKO dan dihadapannya RIKA.
Dia terpandang FIQAR yang sedang mengelap tingkap sambil berbual-bual dengan temannya yang juga sama-sama bertugas mengelap tingkap. FIQAR sangat popular di sekolah itu. Pencapaian akademiknya tidak pernah mengecewakan. Penampilannya sentiasa besih dan kemas. Wajahnya sungguh comel, tetapi digelar 'handsome' oleh mereka yang masih baru kenal erti hati dan perasaan.
Tiba-tiba FIQAR berpaling memandang CINTA. Mungkin dapat merasai dirinya sedang diperhatikan. CINTA cepat-cepat berpaling ke arah lain. Mukanya merah menahan malu. Dia menyumpah-nyumpah dirinya di dalam hati.
BERSAMBUNG....
nak tulis novel??uhu..gud luck gud luck..nice
ReplyDeletehehehe...tq. ada mkna ni~~
ReplyDeleteaha..ada makna???apekah??
ReplyDeleteadelah....hehehe~~
ReplyDelete