Thursday, March 31, 2011

~CINTA~ part 2

"Dah besar nanti, CINTA nak jadi apa?"

            Tanya Ayah sambil duduk bersila di ruang tamu. CINTA yang sedang menyiapkan kerja rumahnya menoleh seketika. Bukannya dia tidak pernah disoal seperti itu. Tapi setiap kali Ayah bertanya, jawapannya tetap sama.

"Doktor"

            Ayah diam. CINTA juga diam. Ayah seperti tahu apa yang sedang bermain di fikiran CINTA. CINTA sebenarnya tidak tahu jawapan tepat untuk jawapan itu. ADIL dan AIDIL serentak menoleh ke arah CINTA. 

"Kalau akak jadi doktor nanti, bolehlah tolong sembuhkan KASIH kan?"

            Mak dan Ayah tersentak mendengar kata-kata AIDIL. Mereka menoleh ke arah KASIH yang sedang nyenyak tidur di atas tilam tidak jauh dari tempat mereka duduk. Sayu hati Mak dan Ayah melihat KASIH yang cukup sempurna di mata mereka, tapi tidak di mata orang lain. Dalam diam, CINTA turut sayu. Di usia 12 tahun, dia cukup mengerti.

.....................................................................................................................................................................

"Prrtttttttttttttttttttttttt!!!!!!!!!!!!!!"

               Wisel berbunyi di sana-sini. Pelbagai acara diadakan serentak di atas padang sekolah yang sama. Seperti biasa, CINTA akan menyertai pertandingan bola jaring. Dia bersama beberapa lagi murid kelas 6A sedang melawan wakil kelas 6B di peringkat akhir. CINTA yang bertindak sebagai 'centre' merupakan orang paling penting dalam pasukannya. 


"CINTA! Pass bola kat aku!" 


                 Jerit RIKA. CINTA langsung tidak menoleh. Dia dapat melihat KIKO yang bertindak sebagai 'GS' berpeluang untuk menjaringkan gol. CINTA lantas membaling bola ke arah KIKO. KIKO menyambut dengan sempurna. KIKO tidak bermasalah untuk menjaringkan gol.


"GOL!!"

              Para penonton yang menyaksikan perlawanan itu bersorak. CINTA mencari kelibat FIQAR. FIQAR sedang bersorak bersama rakan-rakan sekelasnya yang lain. CINTA tersenyum bangga.

"Puas lah ko dapat jadi wira!"


              RIKA menolak bahu CINTA daripada belakang. CINTA menoleh kebingungan.


"Kenapa ni, RIKA?"


"Jangan pura-pura bingung lah! Aku yang paling dekat dengan KIKO tadi. Aku 'GA'. Kalau ko pass bola dengan aku, aku boleh senang-senang pass dengan KIKO. Kalau tak pun, aku boleh shoot sendiri!"


             RIKA benar-benar marah. Baginya CINTA sangat mementingkan diri sendiri. 


"RIKA! CINTA! Kenapa tu?"


            Jerit Cikgu Salmi dari tepi gelanggang. RIKA melangkah meninggalkan CINTA untuk menyambung permainan. CINTA memandang Cikgu Salmi. Cikgu Salmi cuba meminta penjelasan. CINTA pantas menggeleng. Dia lari ke tengah gelanggang. Perasaannya bercampur-baur ketika itu. Tumpuannya sedikit terjejas. 

            Bola ditangan CINTA dirampas oleh pihak lawan. Namun, RIKA lantas bertindak! Bola dirampas kembali. CINTA hanya mampu melihat RIKA membaling bola ke arah salah seorang rakan mereka. RIKA belari masuk ke kawasan gol dan mendapat bola lantas menjaringkan gol untuk pasukan mereka.  Penonton bersorak lagi. RIKA tersenyum sinis ke arahnya. CINTA terpana. Kenapa RIKA sanggup bertindak sebegitu terhadapnya?

"CINTA! Kenapa tercegat kat situ? Cuba rampas bola tu. Cepat!"


           Arah Cikgu Salmi. CINTA tersentak. Dia lantas mengejar pihak lawan yang sedang membawa bola. Di saat pemain tersebut ingin membaling bola kepada rakannya, CINTA sempat merampas bola tersebut. Penyokong mereka bersorak riang. CINTA bertekad! Bola tersebut harus sampai ke tangan RIKA ataupun KIKO. 

          Dia melihat KIKO sedang meminta bola. Tapi  kedudukan KIKO terlalu jauh. daripadanya. CINTA membaling bola kepada salah seorang rakan  mereka yang tidak dikawal. CINTA berlari mengahampiri kawasan gol. 

           Tetapi tiba-tiba tubuhnya seperti sedang melayang di udara. Kakinya disekat ketika sedang berlari. Lutut dan tapak tangannya terasa sakit. CINTA mengaduh kesakitan. 


"Maaf CINTA! Aku tak sengaja!"


           RIKA memandangnya dengan penuh rasa kesal. Rakan-rakan mereka termasuk pasukan lawan yang berada di gelanggang datang menghampiri CINTA. CINTA memandang RIKA dengan penuh curiga. CINTA terpaksa dikeluarkan dan ditukar dengan pemain  lain. RIKA sempat tersenyum sinis memandang CINTA dipapah keluar dari gelanggang. Matlamatnya tercapai!


           CINTA melihat sahaja rakan-rakannya bermain bersungguh-sungguh di gelanggang. Pasukan mereka di hadapan, 19-12. RIKA memang pemain yang hebat. Dia menjaringkan hampir semua gol selepas CINTA dikeluarkan. 


"Nah!" 


          Sekotak air Ribena dihulurkan. CINTA mendongak. FIQAR! Cinta menjadi tidak keruan. Dia cuba berlagak tenang. Air yang dihulurkan disambut perlahan-lahan.


"Lain kali kalau lari hati-hati sikit. Jangan sampai jatuh!"


         Ujar FIQAR lantas berlalu pergi. CINTA diam membisu. Dilihatnya FIQAR kembali bersorak bersama rakan-rakan sekelas mereka yang lain. CINTA memandang ke arah air kotak di tangannya. Kemudian melihat kembali ke arah FIQAR. Beberapa detik kemudian, FIQAR turut beralih memandangnya.


BERSAMBUNG....


















5 comments: