(Setelah berkurun lamanya aku x update kisah CINTA, malam ni aku rasa macam nak update plak! hehe..esok sabtu kn. so, x payah brsusah pyh mghadap assignment atau bnda2 yg memenatkan otak tu dulu!^_^)
Cikgu Salmi melangkah masuk ke dalam kelas 6A sambil tersenyum riang. Buku-buku dan fail di tangan diletakkan di atas meja. SYAHID selaku ketua kelas memberi salam diikuti oleh rakan-rakannya yang lain. Seperti biasa, doa sebelum belajar dibaca beramai-ramai. Ada yang membaca dengan penuh khusyuk, ada yang membaca sambil senyum-senyum dengan rakan sebelah, ada yang membaca sambil fikiran melayang entah ke mana dan ada juga yang membaca sambil menutup mata, hanyut dibuai mimpi indah.
"Duduk!"
Cikgu Salmi mengeluarkan beberapa helai borang daripada fail yang dibawanya.
"UPSR tak lama lagi kan. Jadi, lepas UPSR hidup baru kamu akan bermula di sekolah menengah pulak. Tahu kan?"
"Tahu, Cikgu!"
"Dan lepas ni, kamu semua takkan jumpa Cikgu lagi, tahu kan?"
"Ala..kami nak Cikgu Salmi jugak!"
Jawab beberapa murid Cikgu Salmi, jujur. Terharu Cikgu Salmi mendengarnya.
"Tak boleh macam tu. Kamu kena pergi sekolah kat sekolah menengah kat tempat lain. Sebab tu Cikgu nak kamu isi borang ni. Tunjuk kat mak ayah ye"
SHAHID sebagai ketua kelas ditugaskan untuk mengedarkan borang tersebut kepada rakan-rakan sekelasnya.
"Ko nak masuk sekolah mana?"
Tanya KIKO menongkat dagu. CINTA mengangkat bahu. Dia juga tidak tahu. Dia memandang RIKA yang duduk di hadapannya. Pandangan mereka bertaut. Namun, RIKA pantas mengalih pandangannya. CINTA kecewa. Sudah seminggu mereka tidak bertegur sapa apatah lagi bergurau senda seperti selalu.
"Aku dengar FIQAR nak sambung sekolah kat Pahang. Jauh kan?"
CINTA terkesima. RIKA juga terkesima. Mereka sama-sama memandang KIKO.
"Ko tau dari mana?"
RIKA bertanya. KIKO menggaru kepalanya yang tidak gatal.
"SHAHID bagitahu."
CINTA cuma diam. Dia mengalih pandang ke arah FIQAR sekilas. FIQAR sedang sibuk mengisi maklumat ke dalam borang yang baru sahaja diedarkan.
"Ya...memang jauh."
Perlahan sahaja CINTA bersuara. Nada sedih cuba dikawal.
.........................................................................................................................................................
"Kalau nak masuk sekolah asrama penuh, kena dapat keputusan yang bagus. Kena rajin belajar, tau?"
Ujar Mak yang sedang sibuk melipat baju. CINTA mengangguk.
"Mana-mana sekolah sama saja. Tak dapat asrama penuh pun tak apa. Sekolah sini apa kurangnya. Ramai jugak yang dapat keputusan yang bagus. Yang pentingnya diri kamu tu. Nak belajar atau tidak, itu terpulang pada kamu. Kalau dah berjaya nanti, yang senang diri kamu jugak."
Ayah bersuara. CINTA hanya mendengar. Itulah Ayah! Kata-katanya sentiasa berbekas di hati CINTA. CINTA kagum dengan Ayah!
Mak tersenyum melihat Ayah dan CINTA. Mereka tidak banyak interaksi berbanding ketika CINTA masih kecil. Mereka sering berdiam. Tapi Ayah dan CINTA lebih memahami hati masing-masing. Ayah faham CINTA dan CINTA lebih memahami hati Ayah.
No comments:
Post a Comment