(Final Exam dah nak habis dah. 2 more papers to go. Hehe..sempat lagi nak update pasal CINTA ni. k...)
Hari pertama CINTA melangkah ke sekolah baru! Suasana dan persekitaran yang baru. Ayah tidak lagi menghantarnya ke sekolah dengan motosikal. Jarak ke sekolah baru agak jauh. Dia terpaksa menyewa van setiap hari untuk pergi ke sekolah tersebut.
"CINTA!!"
KIKO melambai-lambai ke arah CINTA. CINTA tersenyum lantas melangkah ke arah KIKO.
"Semua pelajar Form 1 kena kumpul kat sini."
KIKO memberitahu sambil matanya tidak kelip-kelip memandang sekeliling. CINTA mengangguk. Dia juga terjenguk-jenguk ke kiri dan ke kanan.
"RIKA mana?"
CINTA bertanya, antara dengar atau tidak.
"Hah? RIKA? Ko tak tahu ke? RIKA kan dapat tawaran asrama penuh. Dia tak sama ngan kita."
Jawab KIKO. CINTA terkejut. Namun riak wajahnya segera disembunyikan. Keputusan UPSR CINTA sama sahaja dengan RIKA, tapi RIKA lebih bernasib baik. Mak kata, pasti ada hikmah di sebalik semua ini.
"Semua pelajar baru masuk dalam dewan sekarang!"
Arah beberapa pelajar senior. Pasti mereka antara pelajar-pelajar yang akan mengendalikan orientasi untuk pelajar-pelajar baru.
.............................................................................................................................................................
Setelah seminggu, berakhir juga orientasi yang sangat memenatkan bagi CINTA.
"CINTA, KIKO! Jom rehat sekali ngan kami."
Ajak LISA, ARNI dan ALYN. Mereka boleh dikatakan antara pelajar-pelajar yang sangat menyerlah semasa orientasi. Mereka bukan sahaja petah berkata-kata tetapi juga pandai mengambil hati orang lain dengan berlagak comel dan manja.
CINTA dan KIKO saling berpandangan. Walaupun agak keberatan, tetapi akhirnya mereka menurut juga. Beberapa hari kemudian, mereka berlima sering kelihatan bersama-sama ke mana sahaja. Mereka menjadi teman baik yang tidak mungkin boleh dipisahkan.
"Cuba korang tengok tu! Handsomenya muka dia. Korang kenal tak? Yang pengawas tu."
LISA menunjuk ke arah sekumpulan pelajar lelaki yang sedang berjalan ke arah mereka.
"Abang ARIE? Mestilah kenal. Kelas 2A."
ARNI menjawab.
"Habis yang lain-lain tu sama kelas dengan dia jugak la?"
KIKO pula menyampuk. ARNI mengangguk.
"Wah...handsome-handsome lah semuanya. Tapi Abang ARIE aku punya!"
LISA berangan.ARNI dan KIKO juga masing-masing membuat pilihan. CINTA dan ALYN saling berbalas pandang sambil mengangkat bahu. Mereka malas mahu menyampuk. Mereka sibuk menghabiskan nasi lemak yang dibeli tadi.
..............................................................................................................................................................
"CINTA! Ada surat untuk ko."
Semua rakan-rakan sekelas mereka memandang ke arah KIKO. Mereka mula mengusik-usik CINTA. Muka CINTA merah menahan malu.
"Oppss..sorry!"
KIKO meminta maaf. CINTA mengambil surat di tangan KIKO. LISA, ALYN dan ARNI juga turut datang ke meja CINTA untuk sama-sama membacanya.
"Eh, dari Abang SYADAN la! Kawan Abang ARIE ni."
ARNI bersuara. LISA lantas merampas surat tersebut dari tangan CINTA.
"Dia nak ko jadi adik angkat dia lah!"
Beritahu LISA. CINTA menggeleng. Kalau boleh, dia tidak mahu perkara-perkara seperti ini terjadi kepadanya. Dia tidak suka menjadi tumpuan seperti ini. Biarlah dia langsung tidak dipandang oleh mana-mana lelaki.
"Adik angkat? Macamlah dia tak ada adik."
Ujar CINTA. ALYN lantas bertanya.
"Habis, macam mana sekarang?"
"Tak payah balas. Biarkan je."
CINTA sudah membuat keputusan.
"Ala...janganlah macam ni, CINTA. Abang SYADAN tu ok lah. Kesian dia."
ARNI cuba memujuk. CINTA tetap berkeras tidak mahu membalas surat tersebut. LISA mengisyaratkan sesuatu pada ARNI.
"OK lah. Kalau ko tak mahu, tak apalah. Jom kita duduk."
LISA, ARNI dan ALYN kembali duduk di meja mereka masing-masing.
"Kenapa CINTA? Bukannya apa pun. Adik angkat je."
KIKO hairan.
"Aku tak suka lah."
"Atau ko masih ingat kat FIQAR?"
KIKO menduga. CINTA terkesima seketika. Sudah lama nama itu tidak didengarnya. Sudah lama juga nama itu tidak terlintas di benak hatinya. Memori silam menerjah kembali di kotak fikiran. CINTA memandang KIKO. Dia juga tidak tahu jawapannya.
nice post,,, I like blogwalking here,,,, give me smile,,,,
ReplyDelete