Wednesday, June 8, 2011

Aku Suka HAZAMA^^

Hahahaha...title kat atas tu memang agak pelik jugak lah! Apesal pulak aku boleh tiba-tiba suka kat Hazama ni? hehe..Actually, aku dah lama tahu Hazama ni masuk AF9. Aku pun tahulah jugak perkembangan semasa kan tapi aku tak kisah sangat lah pasal AF ni. Maklumlah, kat hostel ni mana ada TV. Aku pun tak ada keinginan nak tengok performance diorang kat Youtube.

Tapi entah tiba-tiba hati aku tergerak pulak nak tengok Hazama ni kat Youtube sebab, kawan aku cakap lagu 'Pokok' yang dia nyanyi dengan Meet Uncle Hussain tu sedap sangat! Time aku cari lagu 'Pokok' tu lah aku ternampak Hazama nyanyi lagu 'Hey Soul Sister'. Macam best je kan! Aku pun tekan lah.

Memang BEST!! Aku tak tipu. Suara Hazama best. Ala-ala rock kapak, jiwang karat lah! Suara otai-otai lah orang cakap. Hahaha..muka dia pun boleh tahan lah. Lepas tu, semua performance dia dalam AF aku tengok. Termasuk AF4 yang dia tersingkir kat konsert Prelude tu. Suara sedap ooo...suka sangat!!! Dalam diari pun dia lawak sangat Kalau dia tak ada, memang tak best lah Diari AF tu..hehehe.

Untuk Final AF9 ni, aku sokong Hazama jadi JUARA... hehehe^_^ So people, let's vote for HAZAMA!!!! KAWTIMM??????? <3

3 comments:

  1. alaa...xamik berat sgt la pasai af ni... tp nme die mmg femes

    ReplyDelete
  2. hehee..sy tgk hazama je. x tgk yg lain~

    ReplyDelete