Thursday, November 25, 2010

harga sebuah pengorbanan

Aidiladha baru sahaja meninggalkan kita...
Syukurlah kita masih dipanjangkan usia hingga ke saat ini.
Bila sebut pasal Aidiladha, kita tak akan lupa pada pengorbanan.
Bila sebut pasal pengorbanan, kita tak akan lari dari perasaan yang menggesa kita agar terus bersabar. Pengorbanan itu pasti melukakan hati sesiapa sahaja yang melakukannya. Namun, sedarkah kita disebalik kelukaan dan kesakitan itu terselit hikmah yang telah ditakdirkan untuk kita?

Namun sebagai insan, seteguh mana pun perasaan, sekental mana pun jiwa akan terselit juga kesedihan dan dukacita apabila ujian itu datang bertalu-talu. Apabila kebaikan dibalas dengan keburukan. Apabila keikhlasan dibalas dengan kesombongan dan hasad dengki.

Hari ini, kesabaranku diuji lagi. Walaupun ujian itu tidak sekuat mana, namun terdetik juga perasaan luka di hatiku. Terguris juga perasaan halusku. Untuk meluah rasa dan untuk difahami isi hatiku, aku sengaja mengatakannya dengan seorang rakanku.
Aku berkata, "susahkan jadi orang baik ni? ramai orang tak suka"
Rakanku menjawab, "bukannya orang tak suka. Tapi orang baik ni senang dipijak. So, perasaan pentingkan diri sendiri tu kadang-kadang perlu ada jugak bila diperlukan."

Hmmmmmm......


Allah tetap akan memandang hamba-hamba yang sabar itu lebih dari segalanya. Allah akan tetap memandang dengan pandangan yang penuh kasih sayang melalui pandangan rahmat-Nya. Malah, para malaikat juga akan turut mendoakan hamba yang sabar, Insyaallah.

Percaya dan yakinlah dengan Allah. Sesungguhnya Allah tidak akan menimpakan sesuatu cubaan kepada kita melainkan kita mampu untuk menanggungnya. Allah tidak zalim untuk menyeksa kita dengan ujian yang Allah memang tahu kita tidak mampu untuk memikul ujian itu. Cuba renungkan kembali, atas dasar apa kita dilahirkan ke dunia dan apa niat kita di atas muka bumi ini.

Dengan sifat yang sabar, kita boleh menjadi seperti seteguhnya karang yang ada di laut. Tidak akan goyah walau dihempas badai yang melanda. Kita tetap akan menjadi lemah-lembut sepertimana rumput akur dengan belaian angin, tetapi kita tidak akan luruh dan tumbang akibat ditampar dengan ribut taufan yang sengaja datang untuk menyapa kekuatan SABAR yang kita ada.


Renung-renungkan.....

No comments:

Post a Comment