Thursday, November 11, 2010

i miss swimming

Selepas aku tidur dengan perasaan menyesal dan masih mengutuk-ngutuk soalan exam semalam, hari ini aku bangun dengan perasaan baru. Perasaan tak puas hati dengan exam semalam dah kurang. Aku dah redha sikit-sikit. Tak apalah. I still have a long way to go. Aku kena belajar dari kesilapan kan..

Tapi, peliklah! Pagi-pagi ni kaki aku rasa gata-gatal pulak. Hmm..ni memang tak ada yang lain. Aku memang rindu nak pergi SWIMMING ni. huhuhu...yup! I like swimming. No! I LOVE swimming. Perasaan ketika berada di dalam  air sambil mengapungkan diri memang tak dapat kugambarkan dengan tulisan di dalam blog ini.


Teringat pulak time first time aku ambil kelas swimming ni. Memang kenangan tu tak bleh lupa lah! Aku study Aquaculture. So, semua student Aquaculture kena tahu berenang. Dan akulah antara student yang tak reti langsung berenang. Dulu, parents aku suruh belajar berenang pun aku tak mahu. Tapi ni dah terpaksa kan..aku redha je lah.

First time masukkan kepala dalam air. Memang sangat menyeramkan bagi aku. Susah nak kawal nafas. Aku cepat-cepat keluarkan kepala dari air. Tak sampai beberapa saat kot! huhu..jurulatih tu memang dah bengang ngan aku. Kawan-kawan aku yang lain boleh je buat. Coach aku time tu, Richard, tekan kepala aku masuk dalam air. Aku dah struggle ni. Nasib baik aku pakai goggles. Boleh lah aku buka mata.

 "Head completely in the water!"

Dia jerit kat kami semua. Sebab ada yang masukkan sikit je dalam air, termasuk aku. Dah orang takut kan, nak buat macam mana? Lepas tu kami belajar kicking pulak. Time tu aku dah boleh masukkan kepala dalam air dan angkatlah kepala kejap kalu nak ambil nafas.

Aku memang a weak learner lah bab2 macam ni! Aku susah pulak nak apungkan diri. Aku bukan terlebih berat ok. I'm just 45kg. Tapi memang aku tak tahu nak buat macam mana. Rasa macam nak menangis pun ada. Dalam hati, aku memang dah ingat Ayah aku.
"I want Daddy!"

Tapi, kesengsaraan dan penderitaanku itu berbaloi. Sekarang I am quite a good swimmer..(ceh..) Aku boleh masuk competition lagi untuk freestyle category. Tapi competetion tu antara student2 yang ikut swimming class tu je lah. Nak masuk competiton yang grand2 memang out lah! huhuhu...

Hmm..dalam masa terdekat ni tak dapat lah aku melepaskan rinduku untuk pergi swimming. Kawan-kawan pun tengah busy study. Aku pun busy study (ye ke study?). So, kena tunggu exam habis dululah. hehe..

 aku pernah terjun dari tingkat yg 2nd highest tu! memang sangat seram i tell u. rasa macam bunuh diri pun ada. tak sangka aku berani buat macam tu. terpaksa sebab nak dapat markah. huhu

No comments:

Post a Comment