Tuesday, November 2, 2010

The Beloved PRINCESS^_^

Alkisah...

Suatu masa dahulu, terdapat seorang maharaja yang sangat tampan sedang memerintah sebuah wilayah jajahan takluknya dengan adil dan saksama. Rakyat hidup dengan aman dan tenteram.


Walaupun maharaja tersebut sangat tampan sehingga ramai puteri-puteri raja yang terpikat dengannya, namun maharaja tersebut masih tidak mahu berkahwin. Kekanda baginda tidak berputus asa. Setiap hari kekanda baginda akan memaksa baginda untuk mencari calon isteri. Akibat bosan dipaksa setiap hari, baginda pun mengambil keputusan untuk berkahwin dengan sesiapa sahaja pilihan kekandanya.

Kekanda baginda berasa sangat gembira dengan keputusan maharaja. Lalu, kekanda baginda pun menghantar rombongan untuk meminang seorang wanita biasa yang tinggal berhampiran dengan istana mereka untuk dijadikan permaisuri. Wanita tersebut hanyalah seorang rakyat biasa namun terkenal dengan sifat baik hati disamping memiliki wajah yang menawan.

Orang tua wanita itu bersetuju untuk menerima pinangan tersebut. Kemudian, berlangsunglah perkahwinan mereka yang sangat gilang gemilang. Semua rakyat jelata sangat gembira dengan perkahwinan tersebut.

Maharaja sedang menanti ketibaan bakal permaisurinya. Setelah bakal permaisuri diarak menuju ke istana, semua warga istana menyambutnya dengan penuh gembira. Itulah kali pertama Maharaja dapat menatap wajah bakal permaisuri. Baginda jatuh cinta pada pandangan pertama.

Walaupun mereka tidak pernah mencintai satu sama lain sebelum ini, namun perkahwinan mereka sangat bahagia. Mereka sangat mencintai satu sama lain selepas berkahwin.

Suatu hari, permaisuri jatuh gering. Maharaja berasa sangat susah hati.


Kemudian, tabib diraja mengumumkan berita yang sangat menggembirakan. Permaisuri disahkan mengandung! Seisi istana bersorak gembira. Namun, kejadian yang tidak diingini berlaku. Kandungan permaisuri gugur beberapa bulan kemudian. Maharaja dan permaisuri berasa sangat sedih. Semua rakyat jelata turut sedih. Tidak lama selepas itu, tukang tilik diraja menyampaikan berita kepada maharaja bahawa selepas ini permaisuri akan mengandung lagi.

Tilikan tersebut ternyata benar. Permaisuri mengandung lagi! Kali ini, Permaisuri menjaga kandungannya dengan baik. Maharaja juga memberi perhatian yang lebih kepada Permaisuri. 9 bulan kemudian lahirlah seorang puteri yang sangat comel!

Puteri tersebut merupakan waris yang ditunggu-tunggu selama ini. Kelahirannya dirayakan oleh seluruh pelosok wilayah jajahan maharaja. Puteri tersebut dinamakan princess PRETTY HONEY!!!!^_~

The beloved princess dibesarkan dengan penuh belaian kasih sayang. Princess pretty honey membesar menjadi seorang puteri jelita yang sangat baik hati dan disayangi oleh semua orang.......and finally, they live happily ever after!!!

No comments:

Post a Comment