Disudahi dengan Alhamdulillah..
Begitulah sehari dalam hidup kita..
Mudah-mudahan dirahmati Allah..
betul ke lirik lagu nasyeed aku ni?? Ni lagu yang aku paling suka nyanyi time kecik2 dulu. hehehe..anyway, entri ni bukan pasal lirik lagu ye..aku nak cerita pasal satu benda yang aku suka sangat time kecik2 dulu. Benda tersebut adalah...MUSIC BOX!
music box aku dulu taklah secantik ni..simple2 je. bentuk love, brown colour. gambar ni hiasan semata-mata..^^
Aku pun tak tahu macam mana time aku sekolah rendah dulu music box ni popular sangat. Macam tercipta satu fenomena lah! Tapi aku tak pasti lah time tu aku darjah berapa. Darjah 5 atau 6 lah rasanya. Hampir semua kawan-kawan aku ada music box ni! Kalau tak ada music box memang malu tahap dewa lah. Aku lah antara insan yang tak bertuah tu. huhu..
Actually, sesiapa yang ada music box time tu bermaksud diri beliau telah mempunyai boyfriend. Biasanya boyfriend akan bagi music box kat girlfriend. Ditegaskan sekali lagi ya..time tu aku baru darjah 5 atau 6! Umur baru 11 atau 12 tahun. Hmm..persepsi budak2 zaman dulu. Nak tergelak pulak aku ingat..hahaha
Nak dijadikan cerita, time tu aku tak ada boyfriend. Buat apa nak ada boyfriend? Kacau kite nak study je..kite nak jadi budak pandai tau. Mak kite pesan jangan cari boyfriend kat sekolah. Cari ilmu! hahahaha...(ber'kite' pulak!) So, disebabkan aku tak ada boyfriend, kawan-kawan aku yang kepoh2 terlebih tu tunjuklah diorang punya music box kat aku. Aku dengan muka cool dan acuh tak acuh lantas meninggalkan mereka tanpa menoleh ke belakang. Sampai sahaja dirumah, aku berlari ke arah mak.
"Mak! Orang tak kira. Orang nak music box jugak! Music box! Music box!"
Lebih kurang macam tu lah aku 'slow talk' ngan mak aku. hehe..Setelah melihat aku menangis tak henti-henti, lembut jugak hati mak aku. Maka aku pun dikurniakan sebuah kotak muzik yang berbentuk hati dan berwarna coklat. (aku pun tak ingat sangat..tapi lebih kurang macam tu lah)
Tapi aku rasa jangka hayat music box aku tu tak sampai 3 bulan kot. Sebab, aku letak music box tu sebelah bantal aku sebelum tidur untuk merapatkan lagi hubungan kami. Tapi, malangnya..aku sangat suka bertinju time tidur. hahahaha..time kecik je lah! sekarang tak..^_^ Plus bila bateri habis, mak aku malas nak beli baru. huhuhu..maka tamatlah riwayat MUSIC BOX pretty honey yang sangat berjasa itu.
Finally, sampai sudah kita di hujung siaran..
Selamat tinggal dan selamat berjumpa lagi...
SELAMATTTT....(macam familiar pulak!)
No comments:
Post a Comment