Dan, benda yang aku akan cari adalah.....
Novel of course!
I'm crazy for novels especially novel terbitan alaf 21....
memang sangat berkualiti...(promote ni!)
Salah seorang penulis novel yang sangat aku minati ialah Ramlee Awang Murshid. Semua karya Ramlee Awang Murshid ni memang sangat kreatif dan yang paling penting seram! Dan dia memang penulis thriller no. 1 negara. Sebab tu aku suka. Bukannya aku tak suka novel-novel cintan-cintun ni, tapi novel-novel Ramlee Awang Murshid memang sangat best dan membuat otak aku berfikir.
Dulu, aku bukannya seorang yang suka membaca. Aku baca buku teks sekolah je. HUHU..Ayah aku pun tak suka sangat kalau dia tahu aku baca buku-buku yang bukan fakta ni! Dulu, aku ikut je lah cakap Ayah aku. Tapi, time form 4 adalah seorang kawan aku ni pegi heboh-heboh kat kelas yang dia ada banyak novel kat rumah. Ala...bukan dia punya pun. Kakak dia yang punya. Sibuk je nak buat kami jealous kat dia. HUHU..(jangan marah!)
Tapi, aku nak ucap TERIMA KASIH lah banyak-banyak kat kawan aku yang kepoh tu. Disebabkan dia, aku dah jadi penggemar setia novel sehingga ke hari ni, esok dan mungkin selamanya.
Dan novel pertama yang kubaca sepanjang hidupku (setelah kawan aku tu berbaik hati untuk meminjamkan novel kepadaku) adalah BAGAIKAN PUTERI. Yup! Karya penulis kesayanganku...RAMLEE AWANG MURSHID.
Sinopsis BAGAIKAN PUTERI:
Haryani dan Laksamana Sunan…
saling jatuh cinta. Pertemuan kedua insan ini dalam satu dimensi di luar batas jangkauan manusia, malah sukar diterima lojik akal. Mereka dari zaman yang berbeza. Haryani terperangkap dalam perkelahian antara kebaikan dan kebatilan manusia. Perjalanan yang panjang, penuh ranjau dan cabaran membuatkan Haryani dan Saifudin mendiamkan sahaja cinta yang terpendam. Dani… pertama kali melihat Haryani yang terlantar koma di hospital terus jatuh hati. Dia berusaha membawa Haryani kembali semula ke abad 21. Antara dua lelaki, Haryani terpaksa membuat pilihan. Antara dua nyawa dalam jasadnya; sama ada tinggal bersama Laksamana Sunan pada penghujung kurun ke 15 atau kembali semula ke abad 21. Tiada dua kehidupan dalam zaman yang berlainan. Salah satu kehidupan itu mesti mati!
Ulasanku..(ehem! mike test 1,2,3...hehe)
Banyak ayat-ayat yang sangat menarik minatku dalam novel ni! Ini antara part yang paling aku suka.
“Assalamualaikum, Beragas.” Saifudin tetap memberi salam walaupun tahu Beragas tidak sekali-kali akan membalas ucapan doa kesejahteraan itu.
“Sudah berapa ramai nyawa manusia yang tidak berdosa telah kamu bunuh, Beragas?” Saifudin bertanya tanpa menjawab soalan manusia penyembah syaitan itu.
Ni part yang paling best...mushaf yang Laksamana Sunan bagi kat Haryani.^^
Apabila hujan turun dari perbukitan, aliran menujah ke batu, melekuk tanda waktu beralih, seiring nyawa menghanyut usia, sejalan nafas melangkah ke hujung. Awan...kalau dapat dicapai, maka saktilah hamba..
Bagi yang tak tahu, novel ni dah lama ada sambungannya...bagi yang dah tahu, buat-buat tak tahu je lah ya...^_^
InsyaAllah, aku akan tulis entri pasal novel-novel tu lain kali...
Untill next time!!!!^_^

Saifudin tidak terkejut apabila melihat kehadiran seorang manusia berwajah menakutkan. Kepala Beragas Jin Berantai yang botak itu tertoleh-toleh mencari mangsa lalu melangkah masuk ke gelanggang yang telah dipersiapkan lewat petang tadi oleh Djailuh.
“Laksamana,” seru Djailuh seakan berbisik. Saifudin mengangkat tangan tanpa menoleh ke belakang. Isyarat yang meminta agar Djailuh tidak bersuara. Beragas menderam apabila memandang ke arah Saifudin.
“Assalamualaikum, Beragas.” Saifudin tetap memberi salam walaupun tahu Beragas tidak sekali-kali akan membalas ucapan doa kesejahteraan itu.
“Kamu siapa?” Suara Beragas garau bertanya.
“Sudah berapa ramai nyawa manusia yang tidak berdosa telah kamu bunuh, Beragas?” Saifudin bertanya tanpa menjawab soalan manusia penyembah syaitan itu.
“Lebih 300 kepala telah kuceraikan dari tubuh mereka.” Suara Beragas, walaupun tidak memekik namun sudah cukup kuat menggegarkan telinga yang mendengar. Djailuh melangkah setapak. Apabila mendengar Laksamana Sunan berdehem, dia segera mematikan langkahnya.
“Perbuatan kamu itu berdosa besar. Mahukah kamu mendengar tawaranku?” soal Saifudin dalam loghat Acheh.

“Tawaran apa yang kamu fikir baik untuk aku?” marah Beragas dalam nada menyindir.
“Kembalilah kepada ALLAH, nescaya kamu kulepaskan!” tegas Saifudin.
“Bangsat, kamu!” Beragas meludah ke tanah. “Jangan cuba-cuba menghalang aku untuk mendapatkan kuasa luar biasa!” Beragas membantah.
“Tiada TUHAN disembah melainkan ALLAH dan Nabi Muhammad itu pesuruh ALLAH.” Dengan nada tegas, Saifudin melafazkan kalimah syahadat itu. “Kalau begitu... kita berbeza tuhan!” tingkah Beragas.

“Tiada TUHAN selain ALLAH, Beragas!” Saifudin tetap bertegas.
“Dari Mataram langsung ke Tanah Jawa, tiada seorang manusia pun yang sanggup bertentang mata denganku. Tapi di Acheh ini... ada manusia kecil yang mahu menunjuk lagak? Siapa namamu anak muda? Biar senang kuhantar badan tanpa kepalamu nanti ke rumah orang tuamu!” Beragas begitu angkuh dan sombong.

Saifudin tidak bersuara. Anak matanya dicerunkan. Lalu dia mencabut keris dari sisipan hadapan. Keris Nanggroe itu merupakan keris pusaka para wali Acheh pemberian Wali Sufi. Tatkala melihat keris yang diperbuat dari perak itu, Beragas berundur setapak ke belakang. Mukanya yang mengerikan itu nampak jelas ketakutan.
“Laksamana Sunan!” gumam Beragas. Selama ini dia pernah mendengar nama Laksamana Sunan yang banyak sekali menumpaskan manusia-manusia jahat sepertinya. Namun malam ini, barulah dia berhadapan dengan lelaki masyhur itu.
Ni part yang paling best...mushaf yang Laksamana Sunan bagi kat Haryani.^^
Apabila hujan turun dari perbukitan, aliran menujah ke batu, melekuk tanda waktu beralih, seiring nyawa menghanyut usia, sejalan nafas melangkah ke hujung. Awan...kalau dapat dicapai, maka saktilah hamba..
Bagi yang tak tahu, novel ni dah lama ada sambungannya...bagi yang dah tahu, buat-buat tak tahu je lah ya...^_^
InsyaAllah, aku akan tulis entri pasal novel-novel tu lain kali...
Untill next time!!!!^_^
No comments:
Post a Comment